upload video di blog

Sorang client webdesign saya whatsapp saya, nak tanya boleh ke nak upload video di blog wordpressnye. Bila datang mode particular saya, saya akan tanyalah nak letak dalam post ke?

Sebab kalau kata nak upload je, tak jadi masalah, sebab ada sesetengah orang upload, lepastu dia share link video tu kepada orang lain, bukan share dalam entri, so pastinya lah boleh.

Tapi bila nak share dalam entri tu saya tak pasti sebab saya tak pernah buat. Jadi saya pun cuba. Masalah pertama yang timbul bila saya nak demo cara upload video di blog adalah had upload fail.

had upload fail

Itulah fail video paling kecil yang saya mampu jumpa dalam Komputer saya, bersaiz 9mb lebih. Pun dah keluar error tu.

Itu masalah yang pertama yang ketara, tapi bukan semua hosting / server ada masalah ni, ada sesetengah server atau hosting dah set had upload dengan had yang besar, mungkin tak akan ada masalah ini.

Tapi masalah akan timbul selepas itu, dimana antara masalah yang akan timbul selepas itu adalah:

  1. Penggunaan kapasiti storan yang tinggi
  2. Penggunaan source yang tinggi.

1.Penggunaan kapasiti storan yang tinggi:

Kebanyakkan blogger yang baru berpindah ke wordpress atau blogger yang baru lah senang cerita, biasanya akan guna shared hosting super jarang sangat saya jumpa kes baru jadi blogger dah guna vps. Dan kebanyakkan shared hosting menyediakan saiz storan yang tak berapa besar, sebab saiz storan bukan perkara paling utama dalam dunia blogging.

Kenapa tak pulak? gambar-gambar macam mana? ok nanti saya jelaskan yang tu.

2. Penggunaan source yang tinggi:

maksud penggunaan source yang tinggi ni biasanya kita tak nampak, bendanya dok belakang tabir, itupun kita tak berapa nak faham.

Maksudnya perkara macam penggunaan cpu, ram dan segala yang berkaitan macam dalam rajah dibawah.

penggunaan source bila upload video di blog

Tengok yang kat sidebar belah kiri tu, berapa orang yang faham benda tu? Bila ada pilihan untuk tak perlu ambil tahu, kenapa nak ambil tahu kan? kita fokus pada bahagian yang lebih penting, ada masa free boleh buat research pasal benda tu.

Dan dengan upload video di blog juga akan memakan bandwith blog server / hosting anda. Bila bandwith habis, sama ada anda perlu topap bandwith atau anda mungkin perlu upgrade hosting anda dimana kedua-dua pilihan ini memerlukan anda untuk menambah kos.

Kenapa perlu menambah kos sedangkan ada cara lain?

Cara yang macam mana? Gunakan platform percuma. Antara platform percuma yang anda boleh gunakan adalah Youtube.

Jika anda seorang blogger yang baru berpindah dari blogspot, pastinya anda telah memiliki akaun google.

Jika anda ada akaun google, maka anda boleh upload video di youtube. Bila anda boleh upload video di youtube, maka anda boleh menjana pendapatan dari video yang anda cipta dan upload di youtube tu.

Saya bukan pakar bab buat duit di youtube, saya cuma orang yang tau upload video di youtube dan enablekan pilihan monitize video yang diupload.

Nak dapat income dari youtube ni pulak, kena ada akaun google adsense.

Panduan buat duit guna adsense

Tapi sekarang ni, bukan mudah nak dapatkan akaun adsense. Proses yang ketat dan makan masa yang agak lama diperlukan untuk dapatkan akaun adsense ni.

Tapi bila dah dapat akaun adsense ni, anda dah boleh mula mengukir senyuman sebab adsense adalah program pengiklanan dengan kadar pembayaran yang tinggi dan boleh digunakan disemua platform.

Dan yang paling penting, ianya dalam bentuk matawang USD. Minimum cashout, yang bermakna jumlah minimum yang membolehkan anda menebus wang dari adsense adalah USD100.

Bermakna bila anda dah menjana USD100, anda dah boleh tebus wang tersebut untuk dimasukkan ke dalam akaun bank anda.

Bayangkan jika nilai tukaran 1 usd kepada RM adalah 4.40, bermakna… jika anda keluarkan USD100, anda akan dapat RM440. Masyuk tak? Ok ke sangat ok

Ok, buat duit dengan adsense tu saya akan cerita kemudian, tapi apa pun, saya amatlah menggalakkan anda mendapatkan panduan raja adsense ni SEKARANG dan mulakan proses untuk dapatkan akaun adsense secepat mungkin sebab proses tu akan memakan masa, masa tu emas kan?

Dapatkan panduan dari Raja Adsense sekarang.

Sekarang cara macam mana nak masukkan video youtube di blog. Saya anggap anda dah ada video untuk dimasukkan di blog.

Walaupun video tu bukan anda yang upload, atau video tu bukan anda yang punya, tapi yang penting video tu ada di youtube.

Sekarang buka video youtube tu. klik pada butang share.

share video youtube di blog

lepastu tekan butang embed.

masukkan video di blog

Sekarang, pergi pada blog anda, klik pada tab text.

embed video youtube dalam blogPilih di baris mana yang anda nak masukkan, paste dan save entri anda. Maka anda seterusnya akan nampak video tu dalam entri anda, kadang-kadang dia tak keluar preview video tu.

Jangan risau. Kebarangkalian proses tu jadi adalah tinggi, besar kemungkinan line internet anda yang slow pada masa itu. Kalau dah publish pun tak jadi, boleh komen kat bawah, nanti saya akan hubungi anda melalui email.

Senang kan? Walaupun video tu bukan anda punya, anda masih boleh menjana pendapatan melalui video tu menggunakan adsense.

Yang penting, dapatkan panduan dari yang pakar tentang adsense.

Dapatkan sekarang.

Saya harap entri ini dapat menyelesaikan isu upload video di blog anda.

Jangan lupa tinggalkan komen ye

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge