tajuk ke isi kandungan

Saya pelik dengan 1 group blogger ni, tajuk entri diorang panjang tak hengat, sampai saya tertanya-tanya, tu tajuk ke isi kandungan dah?

Tajuk dia je dah menceritakan segalanya. Dah tak payah dah korang klik link dia tu, dah tau dah cerita pasal penyakit dia dah kurang sebab makan ubat ni

Macam mana boleh tahu? Sebab tajuk entri dia “Penyakit ehem aku akhirnya semakin pulih dengan produk dari syarikat tutut”

Takde elemen suprise langsung, tak ada elemen yang buat orang tertarik untuk tahu dengan lebih lanjut sebab dah tau dah dan  peratusan orang yang tak ada kena mengena dengan perkara tu untuk klik semakin jauh ke bawah.

tajuk ke isi kandungan

Tajuk yang menarik

Ok, cuba tengok antara dua tajuk ni, mana satu yang korang rasa nak tahu dengan lebih lanjut, yang kalau korang nampak link tu, rasa macam nak klik sangat-sangat?

Tajuk 1:

Kerana kau penderitaan ini  berakhir selepas 5 tahun.

Tajuk 2:

Penyakit ehem aku akhirnya semakin pulih dengan produk dari syarikat tutu.

Tak tahulah korang nak baca yang mana, tapi kalau saya, saya ternampak orang letak link dengan tajuk macam tu kat Facebook, saya akan tertarik untuk baca… Tambah-tambah kalau yang letak tu perempuan cantik.. uhuk uhuk.

Nak tahu jugak, siapa punya angkara yang buat dia menderita selama 5 tahun ni, adakah beliau memerlukan bantuan lelaki kacak seperti saya? Ehem ehem.

Walaupun kedua-duanya akhirnya berkongsi cerita tentang penderitaan masalah kulit, tapi dek kerana tajuk yang buat kita tertanya-tanya akan buat kita baca entri dia baris demi baris.

Sejak bila, kenapa dia mengalami masalah tu? Siapakah ‘ kau ‘ tu?

Berbanding dengan tajuk ke dua yang tajuknya dah menerangkan keseluruhan isi kandungan yang buat kita dah tau dah yang dia nak cerita pasal satu lagi produk kecantikkan timbang kilo. Orang yang tak berminat dengan produk kecantikan, terutama sekali produk timbang kilo, pastinya tak berminat nak klik link Tu, maka, terlepaslah 1 trafik disitu.

Sama juga dengan contoh ke dua ni:

1) ” Jumpa waffle sedap kat shopping mall xxx.

2) ” Nilah waffle paling sedap pernah aku rasa ” lepas tu, pada perenggan pertama, dia tulis… Saat kunyahan pertama tu, terasa macam satu arus elektrik mengalir dari mulut pergi ke badan dan ke otak hingga menerbitkan air mata kepuasan dan terdetik dalam hati aku tanpa aku sedari “Nilah waffle paling sedap pernah aku rasa

Kalau yang nombor 1, kalau dah kat tajuknye dah tulis dah benda dan lokasinya… perlu ke baca descriptionnya? apatah lagi nak masuk blog dia. Tidakkah kebarangkalian untuk terlepas trafik tu lebih tinggi berbanding gaya yang nombor 2?

Trafik adalah satu benda yang sangat penting untuk seorang blogger. Tanpa trafik, apa guna kita buat blog? Tanpa trafik, enjin carian macam Google tak akan berminat nak mengenali kita.

Ibarat gerai murtabak, kalau anda nampak ramai orang kerumunan kat gerai tu, anda pastinya teringin nak cuba murtabak gerai yang dikerumuni orang ramai berbanding dengan gerai yang berbunyi cengkerik kan?

Bak kata Wan Yusof dalam ebook belajar Seo yang saya kongsikan sebelum ni, Google suka apa yang pembaca suka, ianya bukan teknikal semata-mata dah sekarang ni. So buatlah apa yang akan menarik pembaca, bukan apa yang pengasas komuniti blogger korang suka. Dia belum tentu masuk blog korang.

Korang ingat dengan mengampu nama dia tu, dia ingat korang dalam doa dia? Mungkin 1% jela kot.  Nak berkomuniti tak salah, nak ampu pengasas group korang pun tak salah, nak buat apa yg korang buat tu pun tak salah.

Cuma jangan hasutla orang lain ikut apa yang korang buat tu. Sebab bak kata ayu “salah tu tidak tapi tak betul “

 

So kalau korang nak belajar seo, geng-geng ni bukanlah geng yang sesuai untuk korang belajar seo.  nak belajar seo, g beli ebook belajar seo ni. Nak belajar menulis dengan mantap? Jengah rahsiapenulis.com ni… Ilmunya bukan sekadar untuk menulis isi kandungan blog. Korang boleh jadi penulis buku sekali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge