Tips turunkan bounce rate blog

Hai blogger, baru-baru ni saya ternampak status facebook seorang blogger yang bertanya Tip turunkan bounce rate blog.

Jadi sebagai seorang blogger yang tak berapa nak baru dalam dunia blog, banyak pengalaman, eksperimen dan ilmu yang telah saya timba.

Jadi, tak salah rasanya kalau saya kongsikan sedikit ilmu yang saya telah timba berkaitan Tip turunkan bounce rate blog.

turunkan bounce rateApa yang saya faham mengenai bounce rate ni adalah, kadar pantulan, ibarat berapa lama anda boleh anda sampai dan melompat semula. Jadi ianya adalah tentang masa, semakin lama satu pelawat kekal di blog anda, semakin rendahlah nilai bounce rate.

Jadi, inilah beberapa perkara yang akan membuatkan pelawat blog anda kekal di blog anda dengan lebih lama, seterusnya akan menurukan bounce rate blog anda

  • Banyakkan artikel berkaitan

– Contohnya, anda tulis entri tentang cara root telefon samsung galaxy note 7, akan datang tulis tentang tips dan trick pada samsung galaxy note, contohnya cara root samsung galaxy note 7, cara troubleshoot masalah samsung galaxy note 7 dan sebagainya.

– Bagi pengguna wordpress(self-hosted), banyak plugin yang boleh digunakan, antaranya YARPP (Yet Another Related Posts Plugin)

– Bagi pengguna blogspot pula, bolehlah cuba LinkWithin atau beberapa skrip lain

  • Banyakkan jumlah perkataan

– Inilah benda yang saya amalkan selama beberapa tahun ni, tulis entri dengan minimum 300 patah perkataan. Macam mana nak tahu dah berapa patah perkataan ditulis? sila guna WordPress. Hehehehe

Tapi boleh je anda taip dulu dalam word, tengok berapa patah perkataan yang anda dah tulis.

Secara jujurnya benda ni bukan mudah, masa awal-awal saya belajar pasal SEO, hampir patah meja sebab saya hentak dek kerana tertekan nak menghasilkan entri yang panjang.

Masa mula-mula tu, nak menghasilkan 150 patah perkataan pun rasa nak muntah, tapi sekarang, setakat 500 patah perkataan tu, bukan susah mana pun. Macam sekarang ni, pada masa perkataan ni je dah 288  patah perkataan dah saya tulis.

Jadi, kalau entri anda panjang dan tidak membosankan, tidakkah pembaca blog anda akan kekal di blog anda dengan masa yang lama? tidakkah ini akan menurunkan bounce rate blog anda?

  • Letak beberapa keping gambar tambahan 3-4 keping

– Tidaklah membantu secara ketara akan membantu menurunkan bounce rate blog anda, tapi dengan menyelitkan lebih banyak gambar, akan mengurangkan rasa bosan membaca entri di blog anda.

– Selain itu, gambar akan membantu pembaca untuk lebih memahami apa yang anda sampaikan di dalam entri anda

  • Letak soalan bagi menggalakkan pengunjung memberikan komen

– Selain melengahkan masa pembaca blog untuk kekal di blog kita dengan lebih lama, akan ada aktiviti atau engagement di blog anda yang akan menarik perhatian enjin carian

  • Pastikan setiap link keluar dari blog yang diklik akan dibuka ke tab / window baru

– ok, kalau wordpress, korang cuma perlu tick kotak open link in a new tab macam yang saya tunjukkan kat bawah

buka link tab baru wordpress– kalau kat blogger atau blogspot pula tick kat kotak Open this link in a new window

buka link di window baru blogspot kalau dalam kod pulak, tambahkan kod _blank , penerangan penuh cara nak gunakan kod _blank tu, korang boleh tengok kat sini target attribute

Ini akan membuatkan pelawat blog anda membuka link dari blog anda tanpa perlu meninggalkan blog anda seterusnya akan membuatkan blog anda terus dibuka untuk masa yang lebih lama

Ok, itulah antara tips turunkan bounce rate yang dapat saya kongsikan kepada anda, jangan malu jangan segan kalau nak tanya apa-apa. Mana yang saya boleh jawab, saya jawab ye.

Terima kasih

 

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge