Cadangan syarikat hosting terbaik untuk blogger

Patutnya tajuk entri ni saya nak tulis cadangan syartikat hosting terbaik untuk blogger yang baru nak berjinak-jinak dengan wordpress, tapi panjang sangatlah pulak kan? Jadi saya guna setakat cadangan syarikat hosting terbaik untuk blogger je.

Walaupun saya telah berjinak-jinak dalam dunia blogger sejak 2006, tapi saya mula mengenali dan menggunakan hosting sejak tahun 2008.

syarikat hosting terbaik

Sejak 2008 sehingga 2017, saya telah melanggan perkhidmatan hosting dan domain dengan beberapa buah syarikat. Pelbagai pengalaman telah saya lalui dan ilmu yang telah saya timba.



Tapi sejak 2015 (atau mungkin 2016), saya telah kekal dengan satu syarikat hosting dan domain ni sahaja iaitu netkl.

Kenapa saya pilih netkl? Banyak sebabnya… antaranya:

1) Syarikat tempatan

Bila syarikat tu syarikat tempatan, banyaklah kelebihan kan? antaranya sistem pembayaran.

Boleh transfer / bank in, tak perlu kad debit, tak ada paypal pun boleh buat pembayaran.

2) Harga yang amat berpatutan.

Bayangkanlah, dengan harga serendah RM60, anda dah boleh dapat domain dengan hosting. Ok ke Sangat OK?

pakej hosting dan domain murah

Dan harga domain yang ditawarkan pun rasanya yang paling murah ditawarkan syarikat hosting tempatan.

Tempah domain dan domain sekarang

3) Sempoi.

Walaupun netkl bukanlah satu-satunya syarikat hosting dari Malaysia, dan bukan juga satu-satunya syarikat hosting dari Malaysia yang saya pernah berurusan.

Tapi inilah satu-satunya syarikat hosting yang mana saya hantar support ticket dalam bahasa Inggeris, dia balas balik dalam bahasa melayu.

Sempoi tak?

Yang paling saya suka bila berurusan dengan pihak netkl ni adalah budi bahasa mereka. Saya tabik spring dengan ilmu dan budi bahasa mereka yang bijak dalam membantu pelanggan.

Cara mereka membantu pelanggan membuatkan saya rasa mereka tak mengganggap kita bodoh, tapi tak juga menganggap kita dah tau segala-galanya.

Dan mereka ni sangatlah profesional dalam menghadapi pelanggan yang macam &%%#%#@(%.

Bila dapat berurusan dengan pasukan bantuan yang macam ni, kita akan jadi gembira dan tak serik untuk terus berurusan dengan mereka.

Sebab itulah saya memilih netkl dan menganggap netkl sebagai syarikat hosting terbaik untuk blogger.

Dan saya menyarankan pakej myGold X untuk anda. Berbaloi!!!

pakej domain dan hosting murahDapatkan sekarang

3 comments

  1. Den lama guna sempoihosting untuk ligakampung.com
    selain tu pernah guna serverfreak..
    n datakl..
    setakat ni tak mengecewakan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge