kisah blogger

Siapa yang kena buat blog?

Siapa yang kena buat blog? adakah Internet Marketer sahaja? adakah orang IT sahaja? saya suka bila ada orang tanya soalan ni. atau dia tanya ” perlu ke saya buat blog? ” tapi saya tak suka bila ada orang kata dia orang biasa dan tak perlu pun buat blog.

Siapa yang kena buat blog? pada saya, semua orang. Kalau pengemis mampu untuk mencapai internet sekali pun, eloklah buat blog. Kenapa?

buat blog

Sebab… kita semua ada ilmu tersendiri yang boleh dikongsikan… Tidakkah ilmu yang bermanfaat tu adalah benda yang boleh kita bawa walaupun kita dah mati?

siapa yang kena buat blog?

  • guru dan pelajar silat
  • pekerja kebersihan
  • tukang kebun
  • pengusaha dan pekerja kolam ikan.
  • peniaga pasar malam.
  • mekanik
  • doktor
  • jururawat
  • pemandu jentolak.
  • pegawai kastam
  • PTD
  • suri rumah.
  • pengasuh kanak-kanak.
  • cikgu sekolah
  • pensyarah pusat pengajian tinggi
  • peniaga kedai runcit
  • agen insurans
  • atlet
  • pemandu teksi
  • pemandu grab
  • jurulatih sekolah memandu
  • arkitek
  • designer
  • Pengusaha dan Pekerja kedai bakeri
  • Pengusaha dan pekerja kedai alat-tulis
  • Juruteknik mesin fotostat.

Dalam erti kata lain, siapa pun anda, jika anda boleh akses internet… anda kena buat blog. Kongsikan ilmu anda.

Jangan kata anda tak ada ilmu yang anda boleh kongsikan. Sesungguhnya…. Setiap orang ada ilmu yang boleh kita ambil.

Itulah prinsip hidup saya. Tidakkah anda mahu, apa yang anda kongsikan menjadi satu ilmu yang bermanfaat yang mungkin akan dimanfaatkan sehingga 7 keturunan?

Mungkin sambil anda berbual dengan orang yang anda tak kenali masa beratur tunggu giliran untuk berurusan dengan bank, anda berbual dengan orang sebelah dan anda dapat 1 ilmu atau informasi yang tak pernah anda tahu, jadi kongsikan di blog anda. Maklumat tu mungkin akan membantu banyak pihak.

Hari ni kita permudahkan orang lain, InsyaAllah, lain kali Allah hantar seseorang untuk mudahkan kita.

JANGAN berpegang kepada prinsip “tak kanlah benda ni pun orang tak tahu” atau “tak kan lah benda macam ni pun nak kongsi kat blog?” contohnya cara masak nasi atau cara buat air teh O.

Pada anda benda tu simple je. Tapi hakikatnya, ada je orang yang memang tak reti buat benda tu. Atau dulu masa dia ada peluang belajar, dia rasa benda tu tak penting.

Macam ada sorang kawan saya ni dulu, dia dimanjakan oleh ibubapa dia sampai dia tak reti memasak langsung. Ibubapa dia pulak jenis kerap makan dikedai.

Sekali dia berkahwin dengan lelaki yang tak suka makan dikedai. Yang suka masakan yang dimasak dirumah. Hamek… kawan saya dengan mak dia mula la kelam-kabut mengajar dan belajar memasak+google segala resipi. Mujur zaman ni dah ramai yang kongsi resipi.

Malangnya… banyak kata kunci yang kita kalah dengan negara Indonesia sebab mereka dah lama ada kesedaran untuk berkongsi melalui blog. Salah satu kunci utama SEO yang tak berapa dapat dibuktikan secara teknikal. Lagi lama dia publish, peluang tu lebih tinggi.

Bukan susah pada zaman ni untuk buat blog. Buka je mana-mana enjin carian macam google ke yahoo ke bing. Atau anda boleh terus ke youtube. Dan search cara buat blog. Segala tutorial bersepah di internet sekarang ni. Kalau dulu saya akan kata, rajin tak rajin je nak cari.

Tapi sekarang ni dek kerana terlampau banyak tutorial, saya akan kata “nak atau tak nak je” cari.

Sebab ilmu SEO pun dah ramai blogger amalkan, jadi cukup mudah nak cari cara buat blog.

Tagged , , , ,

3 thoughts on “Siapa yang kena buat blog?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge