Perlukah blogger pergi event untuk berjaya?

Mesti anda selalu nampak, atau dengar atau tahu yang ramai blogger pergi event sana sini, dan blogger tersebut bukanlah blogger yang cap ayam. Blogger terkenal. Jadi… perlukah blogger pergi event untuk menjadi blogger yang berjaya?

blogger pergi event

Kalau tanya saya, saya akan jawab, tak perlu pun sebenarnya. Antara contoh yang saya boleh beri, blogger yang gah namanya, blognya hampir semua orang tahu adalah Aman, founder blog amanz.my.

amansumber gambar dari the vocket

Kalau korang dapat jumpa dia pergi event, anda sesungguhnya adalah orang yang bertuah. Dan anda sangatlah bertuah sehinggakan tahap tuah anda tu boleh diguna pakai untuk main nombor kuda kalau anda jumpa aman tu datang event sendiri, bukan dibawa oleh sesiapa. (Jangan marah aman… hehehehe)

Tu antara contoh blogger berjaya yang sangat susah nak jumpa pergi event, kebanyakkan event yang dihadiri oleh pihak amanz.my adalah melalui kuncu-kuncunya.

Sebab…. pergi event tak membuatkan anda kaya, kalau anda diberi bayaran pun, biasanya hanya cukup untuk menampung kos pergi balik event tu sahaja.

Tapi kalau pergi event, ada kelebihannya dan kelebihan tu banyak.

Antara kelebihan kalau pergi event adalah:

1. Networking.

Ini satu kelebihan besar, walaupun anda join group whatsapp, telegram facebook dan sebagainya, anda akan mudah diingati bila anda bersemuka dengan blogger lain.

best blogger network

Bila anda dah pernah bersemuka dengan mereka, bila sebut nama anda sahaja, mereka akan ingat muka anda dan blog anda dengan lebih mudah.

Seterusnya, bila anda berkata-kata dengan mereka di dalam dunia maya, mereka akan membayangkan muka wajah berseri anda sedang berkata-kata dengan mereka.

Seterusnya anda mungkin berpeluang untuk berkenalan dengan pihak penganjur yang mungkin akan tertarik dengan anda dan seterusnya menjemput anda secara ekslusif ke event dan majlis mereka.

2. Idea.

Bak kata ameng spring, luas pandangan jauh perjalanan, bertambah pengetahuan, pengalaman…

Sama juga kalau pergi event, macam-macam idea boleh dapat, masa dalam perjalanan pun silap-silap idea untuk ditulis dalam blog boleh datang.

Bila dah sampai tempat event, jumpa pulak dengan rakan-rakan blogger yang lain, banyak pulak cerita yang nak dikongsikan, lagilah belambak idea datang mencurah.

Walaupun dah join group, tak kiralah group whatsapp ke, group telegram ke, group fb atau yang sama waktu dengannya, berbeza dengan kita, seorang blogger pergi event tu.

Sebab ada sesetengah orang, bila menulis, dia akan jadi lebih formal, bila berkata-kata, dia akan jadi sempoi baq hang.

3. Bahan

Ada sesetengah niche blog, contohnya blog makanan dan travel blog, yang memerlukan anda untuk hadir ke event atau pergi ke tempat kejadian untuk mendapatkan bahan seperti gambar.

Macam 2 jenis niche ni, memang patut sangatlah blogger pergi event yang dianjurkan tu, terutama blogger makanan ni, sebab melibatkan selera, selera ni subjektif dan berbeza mengikut tekak masing-masing, jadi lain blogger lain ulasannya, jadi satu pilihan kepada pembaca.

Macam sesetengah niche lain, contohnya blogger teknologi, blogger fesyen dan beberapa jenis niche blog yang ada juga melibatkan barang, ada pilihan nak pergi event atau tak.

Tapi kalau anda, seorang blogger pergi event, anda akan dapat nampak benda tu depan mata, akan dapat ambil gambar dari sudut berbeza, dengan pencahayaan berbeza atau ayat simplenya bahan yang asli dari anda untuk blog anda, bukan bahan orang lain untuk blog anda.

Sebab bahan asli untuk blog adalah satu kelebihan dan menjadikan blog anda sebagai blog rujukan dan semakin jauh dari isu plagiat.

So nampak tak keperluan untuk seseorang blogger pergi event? So, kalau ada kemampuan, pergilah… kalau tak mampu nak pergi, jangan dipaksa diri

3 comments

  1. Jadi blogger yang rajin pergi event ni pun bagus jugak. Kelebihannya adalah sama seperti yang dibincangkan dalam entri ni.

    Cuma kena pandai-pandai la pilih event, sebab bukan semua event kita patut dan perlu pergi. Sesekali, kena jugak say no supaya nampak la diri kita ni ada value sebagai blogger.

    Tak la nanti orang anggap kita ni mesti nak kena pergi event kalau nak hidup. 🙂
    sabree hussin recently posted…Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hariMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge