Perlu ke pasang iklan di blog?

Ada blogger, nak kata blogger baru, taklah baru sangat, agak lama mula bertanya Perlu ke pasang iklan di blog? Pada saya, ia soalan atau topik yang bagus untuk dibincangkan atau ditulis di blog.

Kalau tanya saya, jawapan saya sangatlah subjektif atau ayat mudahnya ‘ terpulang ‘ kepada pemilik blog.

iklan kat blog iklan-di-blog1

Pada saya, menulis blog memerlukan satu effort yang agak tinggi. Sebab ia memerlukan kemahiran menulis, sedikit ilmu teknikal, masa, tenaga, elektrik dan pastinya memerlukan talian internet.

Keperluan

Jika anda menggunakan self-hosted wordpress, akan ada komitmen terhadap domain dan hosting di situ.

Jadi, dari mana anda akan dapatkan sumber kewangan untuk teruskan menulis di blog? Banyak pilihan untuk menjana income dari blog. Salah satunya adalah dengan memasang iklan di blog.

Macam saya, saya tak melaburkan banyak wang secara ketara dalam usaha meningkatkan potensi saya dalam dunia penulisan blog, tapi saya banyak menghabiskan masa dan tenaga untuk mendapatkan ilmu menulis blog.

Kenapa saya menggalakkan anda mendapatkan ebook-ebook yang akan meningkatkan ilmu dan skill menulis blog, sedangkan saya sendiri dulu tak buat benda-benda tu?

Antara sebabnya adalah kerana kekangan teknologi dan ilmu rakyat malaysia dalam dunia blogging.

Dulu vs Sekarang

Dulu

Di awal pembabitan saya dalam dunia blogging pada 2006, nota-nota berkaitan blog, terutamanya dalam bahasa malaysia sangatlah terhad atau mungkin tiada.

Dengan teknologi internet yang hanya boleh diakses bila ada komputer sahaja, konsep online dimana-mana belum lagi wujud.

Kebanyakkan artikel pula dalam bahasa inggeris. Dengan tahap kelulusan saya yang rendah, tahap pemahaman saya dalam bahasa inggeris agak rendah dan mengambil masa yang lama untuk memahami sesuatu artikel walaupun dalam kelas, saya antara yang cemerlang dalam bahasa inggeris.

Sekarang

Berbanding sekarang, blogger di Malaysia sudah terlalu ramai, banyak blog yang memberi panduan kepada blogger seperti blog sayablogger.com ini sudah wujud.

Malah, banyak produk seperti ebook dan kelas blogging diwujudkan untuk meningkatkan industi blogging di Malaysia. Walaupun penulisan blog belum dipandang tinggi oleh sesetengah pihak, hakikatnya ramai blogger yang mampu untuk menyara kehidupan dengan menulis blog.

Antaranya saya sendiri, walaupun tak banyak dan tak mewah, tapi cukup untuk menggembirakan insan-insan disekeliling saya melalui pendapatan melalui blog.

pasang iklan di blog

Macam saya, pendapatan utama saya melalui blog adalah melalui iklan di blog. Itu adalah pendapatan tetap melalui. Ada masanya saya kira ianya dianggap bonus bila ada orang mengupah saya untuk menulis review produk dan perkhidmatan di blog saya, dan agak ramai blogger yang mengupah saya untuk membina blog wordpress untuk mereka.

Ada sesetengah blogger lain, seperti dianarashid.com, beliau tak pasang iklan seperti adsense, nuffnang atau iklan dari syarikat pengiklanan lain. Beliau menawarkan ruang banner iklan di blog beliau.

Ada juga blogger lain yang tak pasang sebarang jenis iklan di blog mereka, sama ada dalam bentuk banner, skycrapper atau yang sama waktu dengannya. Tatapi mereka menawarkan pengiklanan dalam bentuk penulisan yang juga disebut advertorial.

Ada juga blogger yang tak pasang iklan, tak buat advertorial, tapi mereka menjana pendapat melalui program affiliate. Anda boleh baca lebih lagi di entri income dari blog

Jadi, persoalan ‘ perlu ke pasang iklan di blog ‘ saya jawab dengan jawapan ‘ terpulang ‘.

Ada banyak pilihan lain untuk menjana pendapatan di blog.

Antaranya:

  • Jual barang
  • Review produk dan perkhidmatan
  • Program Affiliate.

Tapi, apa salahnya guna konsep serampang dua mata? Sambil anda fokus pada perkara diatas, anda pasang iklan di blog. Jadi anda akan ada 2 pendapatan melalui blog.

Salah satu perkhidmatan yang saya sangat galakkan, walaupun susah nak apply, adalah google adsense sebab ia menawarkan kadar bayaran yang tinggi berbanding pesaing yang lain.

Kalau anda serius, memang bertekad untuk memberikan komitmen dalam dunia blogging, dapatkan ebook Raja Adsense Revive ini sekarang sebelum anda menyesal.

Saya berharap anda akan memberi impak yang baik kepada dunia internet di Malaysia.

8 comments

  1. Di awal blogging dulu dah pernah apply adsense dengan url my….
    Punyalah excited time tu bila adsense reply katanya blog anda akan/sedang di review dan mereka pun dah bagi id account adsense.
    Punyalah takde ilmu adsense pergi gatal tukar url dalam masa adsense sedang review tu kepada url yang guna sekarang ini terus tak berapa lama kemudian dapat email disapproved. Haish! nyesal sampai sekarang.

    Lately ini ada apply semula guna email address yang berlainan tak tahulah kenapa adsense tak reply pun.
    Mrs. A recently posted…Perkongsian: Amalan 10 Malam Terakhir RamadhanMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge