bertukar kepada wordpress

Bila ada blogger tanya pendapat saya, “Perlu ke bertukar kepada WordPress?” Saya pasti akan jawab “tak perlu pun bertukar kepada WordPress“.

Maka akan ada pertikaian disitu, sebab saya sendiri guna WordPress. Jadi kenapa saya kata tak perlu tukar kepada WordPress sedangkan saya sendiri guna WordPress dan ambil job untuk buat blog dan website menggunakan WordPress, dan buat servis pindahkan blog blogger dari blogspot ke blog WordPress?

bertukar kepada wordpress

Kalau tak perlu bertukar kepada WordPress, kenapa kebanyakan blog saya guna WordPress? mesti ada kepentingan untuk bertukar kepada WordPress, kan?

Jawapannya mudah je. Anda tak perlu bertukar kepada WordPress jika anda:

  • seorang yang banyak masa
  • seorang yang rajin
  • seorang yang redha
  • seorang yang tak nak melabur
  • tak nak dapat income dari blog

Sebelum anda lebih pening, biar saya tekankan kat sini. WordPress yang saya maksudkan kat sini adalah wordpress.org atau ada orang sebut self-hosted wordpress, yang bermaksud, kita kena beli / sewa (saya rasa lebih sesuai disebut sewa, sebab kita wajib renew… kalau tak, kena suspend atau terminate) hosting dan domain, Install wordpress cms (sama ada guna autoscript atau download dari wordpress.org).

Meh saya jelaskan point-point sebab anda tak perlu bertukar kepada wordpress yang saya tunjukkan kat atas tu.

seorang yang banyak masa – jenis yang banyak masa macam mana yang saya maksudkan ni? Yelah… untuk mendapatkan banyak idea, kenalah rajin pergi ke sana sini, sama ada online(blogwalking) atau offline(pergi event, pergi gathering blogger dan macam-macam lagi).

seorang yang rajin – Rajin update blog setiap hari tanpa miss termasuk cuti hari raya puasa. Lagi bagus kalau sehari 3-4 entri mengikut trend terkini dan sensasi. anda rajin nak pergi share link entri anda di media-media sosial, share link entri di group-group fb, group whatsapp, dan segala group yang ada. Rajin blogwalking hari-hari.

seorang yang redha – Hehehehe… redha kenapa? setelah beribu post anda terbitkan, blog anda kena suspend atau lebih buruk lagi, kena remove. Sekali dua ok lagi, boleh lagi merayu untuk dilepaskan… kalau dah banyak kali, tiada maaf bagimu la. Kenapa blog kena remove atau suspend? 1. sebab korang dah langgar Term Of Service mereka. 2. korang menumpang tanah orang dan alamat orang tanpa bayar apa-apa, so… suka hati tuan tanah la nak buat apa. kan??

seorang yang tak nak melabur – Anda nak yang free je… Domain free, hosting free… pendek kata, asalkan tak perlu keluar duit. Siapa yang tak suka benda free betul tak? Orang Malaysia khususnya, memang suka benda free. Tapi kadang saya pelik gak bila kadang-kadang mereka taknak pulak yang beli 1 percuma 1 atau beli 1 percuma 2 atau 3. Maksud saya kahwin dengan duda atau janda anak 1 atau 2 atau 3 atau 4.

tak nak dapat income dari blog – Yang terakhir sekali ni yang paling ramai orang suka, orang yang suka tu pastinya orang yang nak mengaut untung dari orang seperti anda, mereka akan minta anda meramaikan majlis mereka, iaitu majlis pelancaran produk dan yang sewaktu dengannya. Pengasas produk yang nak anda review produk mereka tanpa perlu memberikan bayaran kepada anda, lepastu anda kena saman… hahahaha… dahlah tak perlu keluar modal, untung lagi pulak tu.

So, itulah sebab-sebab yang munasabah kenapa anda tak Perlu ke bertukar kepada WordPress.

Banyak blogger otai yang tak bertukar kepada wordpress. Dan ramai juga yang bersetuju platform percuma seperti blogspot tetap yang terbaik. Tapi mereka ada juga blog wordpress. Ada yang mendedahkan dan ada yang tak mendedahkan.

Macam saya, saya agak serius dengan dunia blogging atau lebih tepat lagi dunia penulisan. Bak kata rakan sekelas saya, kekuatan saya adalah pengalaman(sebab tulah saya guna nama Alongxp), dan pada usia ini, telah banyak saya belajar.

Menariknya, saya mendapat sesuatu ilmu tu dengan cara yang susah. Maknanya saya mengharungi pengalaman yang perit dan memedihkan untuk mendapat sesuatu ilmu tu.

Kelebihannya pula, ilmu tu akan lekat lama dalam ingatan saya, sukar terlupa dan saya lebih faham tentang ilmu tu.

Disebabkan itu, saya suka berkongsi ilmu dan pengalaman saya dalam bentuk penulisan. Tapi nak menulis atau menerbitkannya dalam bentuk buku, bukan mudah. Jadi blogging adalah saluran untuk saya kongsikan ilmu dan pengalaman saya melalui penulisan tanpa perlu modal yang sangat besar dan prosedur yang menyusahkan.

Objektifnya adalah agar pembaca mudah mencapai ilmu dan maklumat dengan harapan ianya bermanfaat.

Kenapa saya bertukar kepada wordpress?

Alasan saya kenapa saya bertukar kepada wordress? juga berdasarkan sebab-sebab diatas.

seorang yang banyak masa – yang ni memang tak ada pada saya. Saya adalah seorang yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat sibuk. Sebab itulah saya kenakan cas yang tinggi (sehingga RM5XX) untuk blogger yang nak berpindah kepada wordpress.

Kos untuk membina wordpress pada hosting, secara jelasnya hanyalah bermodalkan RM100 je untuk hosting(free domain selagi hosting tu masih aktif) di netkl. Jadi kenapa saya cas upah untuk bina blog wordpress sehingga RM4XX? itu tak termasuk design blog tu lagi?

Sebab upah tu termasuklah masa saya, kos internet, kos selenggara laptop, kos elektrik dan jajan-jajan yang lain. Dengan mengupah saya, anda tak perlu mengahabiskan masa bertahun untuk membuatkan “search blog saya kat google dah jumpa”.

Ye, saya dulu ambil masa bertahun untuk capai tahap tu. Anda tak perlu, saya setupkan blog anda, seting segala mak nenek berkaitan dengan seo, fokus pada penulisan sahaja.

Ikut tutorial yang saya berikan, dan dengan izin Allah, trafik dari enjin carian adalah sumber trafik utama blog anda.

Saya bukan pakar, sebab tu saya tak jual diri saya bab tu. Saya cuma buat apa yang saya dah buat kepada blog saya, pada blog anda yang saya bina.

seorang yang rajin – saya bukanlah orang yang “work hard”, tapi lebih kepada “work smart”. Saya tak rajin nak buka banyak-banyak media sosial dan web ping entri untuk copy dan paste link entri blog saya ke sana ke mari, dan saya tak rajin submit sitemap setiap kali dah cukup 500 entri ke webmastertool

seorang yang redha – Yang ni paling penting. Saya dah merasai banyak sangat dah keperitan akibat kehilangan. Jadi saya tak sanggup nak kehilangat karya-karya dan artikel-artikel saya. 10 tahun pun tak mungkin akan melenyapkan kesedihan dan kekesalan tu.

seorang yang tak nak melabur – pada saya “to gain more, u must spend more”, kalau anda peniaga sebenar, anda pasti setuju dengan ungkapan tu.

tak nak dapat income dari blog – Walaupun anda kata anda tak nak melabur, tapi sebenarnya, anda dah melaburkan masa, tenaga dan wang anda pada blog anda, tanpa anda sedari. Jadi, apa salahnya pelaburan tu mendapat pulangan? betul tak?

Selama 12 tahun saya berblogging ni, income saya taklah sebanyak blogger yang dah berblogging lebih 10 tahun macam saya. Tapi beratus ringgit, mungkin lebih RM1000 (mungkin dah cecah RM2000) telah saya dapat hasil dari blogging.

Kesimpulannya, bertukar kepada wordpress memudahkan banyak proses kerja saya sebagai blogger. Jadi, anda nak bertukar kepada wordpress atau tak, ikut selera anda.

2 thoughts on “Perlu ke bertukar kepada WordPress?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge