kisah blogger

Pengalaman berblog 12 tahun

Sebenarnya saya tak tahu nak bagi tajuk apa untuk entri ni, cuma saya nak kongsikan apa yang saya nampak sepanjang saya jadi blogger selama 12 tahun. Jadi.. saya buatlah tajuk pengalaman berblog 12 tahun.

Dah lama dah saya nak buat entri pengalaman berblog 12 tahun ni dah lama dah saya nak buat. Dah bertahun-tahun dah saya nak buat, setiap tahun saya nampak kemunculan blogger baru, blog baru, subdomain dan domain baru.

pengalaman berblog saya

Dan setiap tahun juga saya nampak blogger-blogger ni meninggalkan dan mengabaikan blog mereka, membiarkan blog mereka bersawang, dan domain-domain blog yang suspended, expired dan terminated.

domain expired

Antaranya adalah satu web ping agregator yang saya pernah nyatakan dalam entry ping blog korang kat sini , iaitu guablog.com. Guablog.com ni salah satu tempat untuk saya share entri blog dan kita perlulah pasang widget dia, sebab konsepnya adalah traffic exchange.

Ok, habis cerita pasal web ping agregator tu. apa yang saya nak cerita pasal ping agregator tu adalah, domain dia pun dah expired.

Macam tu jugalah domain blog-blog yang lain, tak kiralah yang saya bina atau mereka bina sendiri.

Blogging ni nampak je macam senang. Penulisan yang orang ramai boleh baca tanpa perlu mereka bayar dan tak memerlukan syarikat penerbitan untuk menerbitkan apa yang kita tulis.

Tapi sebenarnya untuk jangka masa panjang, ia memerlukan ilmu dan komitmen yang tinggi untuk terus kekal bernafas dalam dunia blogging ni.

idea blog

Nak popular, senang je… nak banyak job pun senang je. Tinggal lagi kau larat ke tak larat jela nak melayan semua tu.

Ramai blogger yang saya tengok, nak popular punya pasal, pergi event sana sini tanpa dibayar. Sebabnya mereka nak popular, dikenali oleh blogger-blogger lain. Tapi… sudahnya trafik blog tak semenggah.

Apa guna sebuah blog tanpa trafik? Orang masuk blog dia komen “singgah sini” je… orang tak baca pun entri dia. Lepas komen, blah… maka bounce rate dia pun mencanak naik. Kau rasa enjin carian suka blog macam tu?

turunkan bounce rate

Kalau enjin carian tak suka, syarikat pengiklanan nak bagi iklan ke kat blog dia? Bila tak ada iklan, mana datang income dari blog? macam mana nak bayar domain dan hosting? mana motivasi untuk korang terus berblogging? Bila tak ada motivasi nak berblogging, mula tinggalkan blog.

Ada yang tinggalkan blog dengan alasan sebab dah kahwin, ada yang bagi alasan sebab belajar, ada yang bagi alasan sebab dah kerja. So biar saya kongsikan pengalaman berblog saya selama 12 tahun ni

Blog pertama saya, saya cipta guna platform blogspot pada tahun 2006, masa tu saya belajar di sebuah politeknik. Blog tu saja-saja saya cipta / explore sementara saya tunggu kawan saya siapkan kerja masa kami di cyber cafe.

Saya mula aktif / rajin berblogging pada tahun 2009, masa tu saya dah bekerja hampir setahun setengah. Saya mula sangat serius dengan blogging pada tahun 2011, tahun yang sama saya berkahwin dengan isteri saya sekarang.

Banyak blogger yang ‘menjadi’ bila dah kahwin, ada yang menjadikan pendapatan dari blogging sebagai pendapatan utama walaupun blogging adalah ‘kerja sambilan’ mereka. Disebabkan itu mereka mampu membina lebih banyak blog dengan domain sendiri, malah ada yang menggunakan self-hosted hosting untuk membina BLOG-BLOG mereka.

Jadi kenapa tak terus berblogging? kenapa hanya hangat-hangat tahi ayam?

hangat-hangat tahi ayam

 

Tagged , , , , ,

3 thoughts on “Pengalaman berblog 12 tahun

  1. Motivasi terkuat untuk menjadi blogger ialah duit,

    bila tak dapat duit dari blog maka tidak mustahil tinggalkan sahaja blog..

    lebih baik buang masa di FB atau Whatsapp.

    [ tabiat membuang masa adalah tercela dan peringatan ini untuk saya sendiri ]
    mrhanafi recently posted…Beza Bilik Sewa Dengan Rumah SewaMy Profile

  2. menarik kupasan bro nih.. ramai blogger yang dah bersara.. sebab dah ada passion lain kot.. dulu masa mula blogging, fuh memang ramai, siap buat gathering lagi. tapi sekarang dah suam2 kuku semua, yang masih kekal tuh tak ramai, tapi diaorang tetap ada konsisten…
    zik recently posted…Mendapatkan benih durian monthongMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge