kisah blogger

Motivasi untuk menulis blog

Motivasi untuk menulis blog ni sangat penting, terutama sekali jika anda baru menceburkan diri dalam dunia blogging ni atau anda baru buat blog, macam dua blog saya ni iaitu sayablogger.com ni dan sayabukancikgu.com.

Cabaran utama dalam dunia penulisan ni adalah Writer’s Block, yang bermaksud sama ada klita tak dapat menghasilkan penulisan baru atau tak dapat nak siapkan penulisan yang kita sedang siapkan atau kita tak dapat menghasilkan penulisan kreatif seperti yang sepatutnya.

writers block

Writer’s block ni boleh terjadi kepada mana-mana kategori penulis, tak kira sama ada penulis blog, penulis buku, penulis majalah, penulis skrip, penulis surat atau apa-apa jenis penulis. Asalkan menulis. Tapi disebabkan anda di blog sayablogger.com, jadi saya akan fokuskan pada penulisan blog.

Berdasarkan pengalaman saya sepanjang 12 tahun jadi penulis blog, ada 3 sebab utama yang menjadi motivasi untuk menulis blog.

1. Income.- Yang ni memang yang paling manisla kan? Terutama sekali kalau income tu dalam bentuk wang tunai.Kita boleh guna ke arah keperluan kita.

Kenapa saya kata dalam bentuk wang tunai? Sebab ada juga orang bayar dalam bentuk voucher, kupon dan barang SEMATA-MATA, yang mana saya tak berapa gemar dengan cara ni. Kalau boleh bagilah sedikit wang, sebab belum tentu barang tu kita nak guna dan belum tentu barang tu sesuai dengan kita, terutama sekali produk kosmetik. Saya akan ceritakan dalam entri lain pasal benda ni.

Tapi secara jujurnya, nak sampai ke tahap orang bayar kita untuk penulisan kita, memang susah. Banyak keperluan yang perlu anda penuhi sebelum mencapai tahap ini.

Pertamanya, Trafik blog anda perlulah super duper ultra kencang, puluh-puluh ribu atau lagi bagus kalau dapat ratus-ratus ribu sebulan.

Keduanya, penulisan anda mestilah menarik, ini memang ambil masa lama untuk anda capai, tapi ada shorcut bagi tu, rahsianya ada di rahsiapenulis.com.

Macam saya cakap tadi, nak dapat income dari blog tu agak susah atau jauh nak capai, jadi kita tengok Motivasi untuk menulis blog yang kedua, yang mudah sikit nak capai.

2. Memberi manfaat.– Sama ada ianya ilmu yang bermanfaat atau informasi yang bermanfaat, ianya pastilah penulisan yang memberi manfaat kepada ramai orang. Ramai orang share, ramai orang berterima kasih. Tapi yang ni pun tak mudah mana, mudah sikit sebab anda tak perlu jumlah trafik yang berpuluh atau beratus ribu sebulan.

Untuk capai tahap penulisan anda memberi manfaat ni, secara asasnya anda perlukan 2 kelebihan, Pertama, anda ada info atau maklumat yang menarik. Yang kedua, tak guna anda ada info menarik kalau penulisan hambar, jadi, dapatkan ilmu melalui rahsia penulis dan lepas dah khatam tu, anda ambil pula Pakej Buat Duit Dengan Menulis. InsyaAllah kejayaan menghampiri anda.

Buat duit dengan menulis

3. Pembaca setia. Kawan-kawan, keluarga. Yang ni cara yang paling mudah, cuma ia memerlukan skill komunikasi yang betul untuk menarik mintak kawan-kawan dan keluarga anda untuk rajin buka blog anda.

Macam saya sendiri, asal permulaan saya buat blog adalah sebab yang ke tiga, atau lebih tepat lagi, saya menulis untuk cerita dengan panjang lebar tentang perjalanan saya sebagai seorang perantau kepada emak dan ayah saya. Saya cerita saya potong rambut, saya cerita saya kemalangan dan kesedihan saya.

Lepas tu kawan saya cerita pasal apa yang dia baca pasal rnr seremban, dan dia minta saya kongsikan, dan menjadikan saya pergi ke tahap ke 2. Jadi saya terjemahkan cerita tu dari Bahasa Inggeris kepada Bahasa Malaysia dalam entri berhati-hati bila singgah di RnR Seremban. Entri tu hampir membuatkan hosting syarikat yang saya guna dulu crash sebab masa tu trafik blog saya melebihi 32 ribu SEHARI.

Lepas tu saya mencapai ke tahap nombor 1 tu, diawal-awal dulu saya pernah pergi event untuk dimasukkan dalam entri, tanpa bayaran. 1 event je, lepas tu saya dah mula menerima bayaran atau produk untuk entri advertorial atau review.

Bayaran paling rendah yang saya terima untuk bayaran advertorial atau review adalah RM50 untuk 1 entri. Saya pernah terima bayaran dalam bentuk produk sekali je. Tapi keseluruan nilai produk tu melebihi RM100.

Sekarang rate bayaran untuk setiap entri yang saya hasilkan adalah diantara RM150 hingga RM250 untuk setiap entri.

Banyak juga untuk penulisan sambilan macam saya kan? Kalau anda nak jadi macam tu, beli buku dari rahsiapenulis.com asah bakat penulisan anda, pelajarai cara Buat Duit Dengan Menulis dan mula buat income dari penulisan sebagai Motivasi untuk menulis blog.

Tagged , , , , , ,

3 thoughts on “Motivasi untuk menulis blog

  1. Bestnya kalau selalu ada idea untuk menulis. Macam kaknil kadang slow buat entry sebab takde idea. Al maklum kalau buat entry mi kena rajin membaca juga. Kaknil ni kadang malas membaca sebab tu lah jadi galau sikit. Huhu…

    1. Memang betul tu kak nil… kalau takde idea, memang digalakkan membaca, tak rugi pun… selain bagi idea, boleh tambah ilmu, skill penulisan pun akan berkembang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge