tulis panjang-panjang

Salah satu tips seo terbaik adalah, panjang entri mesti lebih 300 patah perkataan. Macam mana nak tulis panjang-panjang sampai lebih 300 patah perkataan tu?

Mungkin benda ni agak susah terutama sekali kalau korang masih baru dalam dunia penulisan. Mungkin korang dah puas cari cara macam mana nak membolehkan korang untuk menulis lebih panjang.

macam mana nak tulis panjang-panjang

Mungkin korang dah pernah menghadiri bengkel penulisan, mungkin korang dah pernah menghadiri bengkel blogging dan segala macam jenis bengkel lagi.

Masa korang menghadiri bengkel tu, korang macam faham, macam yakin boleh tulis panjang-panjang. Tapi bila sampai masa nak menulis, korang blur. Tulis punya tulis, baru dapat 100 lebih patah perkataan.

macam mana nak tulis panjang-panjang?

macam mana nak tulis panjang-panjang?

Hari ni saya kongsikan tips, ilmu dan pengalaman saya, macam mana saya mampu menulis panjang-panjang sampai 500 hingga 1000 patah perkataan.

Mungkin kebanyakkan tips ni korang dah pernah dah baca dan dengar dari orang lain. Tapi hari ni saya tulis bagi membuatkan anda lebih faham dan yakin.

Pada saya, untuk membolehkan kita pandai tulis entri panjang-panjang tapi tak meleret dan mantap, kita hanya perlukan satu benda je. Ada benda ni, confirm boleh tulis panjang-panjang dan tak membosankan pembaca.

Apa yang kita perlukan tu? ILMU!!

Macam mana nak dapatkan ILMU tu? nilah yang saya nak cadangkan ni.

Banyakkan membaca – kebanyakkan blogger lain, pastinya akan menggalakkan kita baca blogwalking, baca blog orang lain, baca blog orang lain. Tapi pada saya, saya akan cadangkan itu sebagai langkah ke 3 atau ke 4.

Saya cadangkan anda banyakkan membaca buku fizikal, seelok-eloknya dari syarikat penerbitan terkemuka. Sebab syarikat-syarikat ni mementingkan kualiti, ejaan, peruntukan… jadi mereka tak akan menerbitkan buku-buku yang akan membuatkan orang memberikan review yang buruk seterusnya akan membuatkan buku mereka tidak terjual.

Lepas tu, editor-editor syarikat penerbitan terkemuka biasanya akan menitikberatkan penggunaan bahasa, menitikberatkan penggunaan tanda baca. Takdelah korang akan salah guna tanda baca macam mamat ni.

penggunaan tanda baca masalah guna tanda bacaBerikut adalah makna penggunaan tanda seru dan cara penggunaannya yang saya ambil dari sini

penggunaan tanda serudan beberapa web lain yang menerangkan penggunaan tanda seru dan tanda baca. Wikipedia dan blog cikgu zaiful.

Tanda baca amat penting dalam penulisan. Janganlah anda ambil ringan perkara ni. Sebab tu saya sarankan anda banyakkan membaca buku fizikal yang diterbitkan syarikat buku terkemuka.

Buku genre apa yang nak dibaca? Tak kisah, walau novel sekalipun. Pupukkan sikap membaca terlebih dahulu. Sebab bila membaca jadi amalan, anda makin lama akan memilih penulisan yang berkualiti, dan itu dah jadi satu latihan bagi minda anda.

Walau novel sekalipun yang anda baca, penggunaan tatabahasa, sturuktur ayat dan segala bentuk penulisan dalam tu akan mengajar anda cara menyampaikan emosi anda dalam bentuk penulisan.

Banyakkan menulis – Saya cadangkan anda mulakan dengan mengulas pasal buku yang anda baca, kembangkan isi kandungan buku-buku yang anda baca tu.

Saya juga menggalakkan anda menulis jurnal. Tak kisah sama ada dalam buku tulis atau dalam blog. Itulah kelebihan bila anda guna nama sendiri sebagai domain dan buat blog peribadi. Jadi anda boleh tulis topik bebas, tak terikat dengan hanya sesuatu niche semata-mata.

Kehidupan peribadi kita bersangkut dengan banyak niche sebenarnya, kita hidup sebagai seorang penganut agama islam, jadi dah ada satu kategori atau niche agama disitu.

Kita kerja juga dah ada satu niche, macam saya seorang Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, so dah ada 1 niche teknologi disitu.

Arah tuju hidup kita dah boleh jadi kategori motivasi.

Kita masak, makan, dah masuk kategori makanan atau acah-acah jadi food blogger.

Cara kita jaga, didik dan membesarkan anak-anak dah jadi parenting blogger.

Kita bercuti dah boleh masuk travelog.

Nampak tak kelebihan bila kita ada blog personal? apa ada hal?

Nak tulis panjang-panjang sebenarnya tak susah bila kita ada ilmu, banyakkan membaca, banyakkan menulis. Tak salah kalau lepas tu kita baca balik apa yang kita baca tu. Mungkin ada idea untuk tambah apa-apa benda menarik.

Kadang-kadang benda yang kita rasa biasa pada kita sebenarnya menarik pada orang lain, jadi kongsikan. sedar tak sedar entri ni dah jadi 630 lebih perkataan dah.

Kesimpulannya, macam mana nak tulis panjang-panjang untuk dapatkan minimum 300 patah perkataan:

  1. Banyakkan membaca.
  2. Banyakkan menulis.
  3. Banyakkan melawat blog orang terutama yang dah lama menulis blog

 

One thought on “macam mana nak tulis panjang-panjang?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge