Macam mana nak bagi keyword hijau dalam yoast

Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah banyak kali terjadi dimana blogger lain tanya dengan saya, macam mana nak bagi keyword hijau dalam yoast atau macam mana nak dapatkan score hijau dalam Seo yoast.

keyword hijau

Yg ni ambik masa gak sbnrnye utk memahami dan menguasai… Bergantung kepada ilmu dan pengalaman seorang blogger tu dalam dunia blogging Tapi saya share jugak cara nak dapatkan keyword hijau dalam yoast seo.



Secara jujurnya saya tak tahu macam mana yoast seo bertindak di belakang tabir dalam membantu kita menguasai Seo di internet, apa yang saya nampak, yoast membimbing kita untuk membuat satu entri yang mesra Seo.

Cara nak dapatkan keyword hijau dalam yoast seo yang saya sharekan ni tak semestinya betul dan anda tak perlu nak mempertikaikan cara untuk dapatkan score hijau dalam Seo yoast yang saya kongsikan ni.

Tapi inilah yang telah saya amalkan sejak lebih 8 tahun yang lalu sejak saya belajar memahami yoast seo ni.

Berikut adalah sebahagian cara nak dapatkan score hijau dalam Seo yoast yang dapat saya ingat.

keyword hijau dalam yoast

1. Keyword Yang kita target mesti ada dlm tajuk dan seeloknya diawal tajuk

Contoh keyword: bahaya diabetes
Contoh tajuk: bahaya diabetes jika dipandang remeh

Contoh tajuk : bahaya diabetes mengikut pengalaman saya

Tak wajib, tapi sangat digalakkan untuk buat macam tu.

2. Keyword mesti ada dlm url post – dah semestinya ada, so tak perlu risau sangat sebab bila kita siap taip tajuk, kita beralih ke kotak content, tajuk tu akan secara automatik akan dijadikan url kita kalau kita pilih permalik selain dari plain dan numeric.

Kepada sesiapa yang menjadi klien saya, yang mana saya yang bina blog mereka menggunakan wordpress, tak perlu risau pasal permalink ni sebab saya dah setting sebagaimana yang di syorkan oleh yoast iaitu menggunakan format permalink jenis post name.

3. Keyword perlu ada didalam perenggan pertama dan seeloknya diawal perenggan. Kenapa?

saya sendiri tak tahu, itulah panduan yang yoast beri, tapi ikut logiknya, kalau dia berada di perenggan pertama, search engine akan dapat mengesan dengan lebih pantas berbanding kalau keyword tu berada di perenggan kedua atau ketiga atau perenggan seterusnya.

4. Buat satu ayat pendek menggunakan H2 ( tak wajib)

heading 2 h2 dalam seo

Sebelum ni benda ni diambil kira oleh yoast untuk menjadikan ‘ keyword hijau ‘ tapi sejak beberapa update yang lalu, benda ni dah tak di ambil kira.

Tapi saya sangatlah sarankan untuk dibuat sebab ianya seperti refresh mata pembaca dan sebagai satu titik tumpuan kepada pembaca.

Jika anda lihat dalam akhbar sekalipun, mereka biasanya menggunakan konsep seperti ini untuk highlightkan sesuatu perkara.

Jadi tak salah untuk diamalkan

5. Keyword perlu ada dlm alt / alt images / alt text / alternative text dalam salah satu gambar dlm post

alt text alternative text

6. Panjang post / entri tak kurang 300 patah perkataan, 500 yang terbaik.

Tercengang? anda bukan orang pertama yang tercengang bila nampak jumlah perkataan yang banyak tu, saya dulu pun sama juga. Tapi bila saya paksa diri saya untuk belajar menulis sekurang-kurangnya 300 patah perkataan, lama-lama ia jadi mudah.

Nak cara mudah dan cepat untuk menghasilkan entri dengan minimum 300 patah perkataan? dapatkan panduan buat duit dengan menulis sekarang!!!.

7. Keyword wujud dlm entri 3-5 kali.

Untuk entri dengan jumlah 300 hingga 400 patah perkataan, kewujudan keyword yang disarankan adalah 3 hingga 5 kali.

Jangan ulang wujudkan keyword tersebut terlalu banyak kali kerana enjin carian terutamanya Google akan menganggap ianya spam dan blog anda boleh di kenakan penalti dan blog anda akan disekat dari muncul dalam hasil carian

8. Sekurang-kurangnya 1 link ke blog atau laman web lain

Letak la sekurang-kurangnya 1 url blog atau website lain dalam entri anda tu. Seelok-eloknya biarlah yang ada kaitan dengan entri tu.

Itulah tips yang saya boleh kongsikan untuk bagaimana nak bagi keyword hijau dalam yoast seo.

Harus diingat, saya kongsikan macam mana nak bagi keyword hijau dalam yoast, bukan macam mana nak jadikan entri kita di muka depan dalam hasil carian google ye.

Kalau nak entri kita kat page nombor 1 bila orang search tu, memerlukan usaha yang lebih banyak dan ilmu yang lebih tinggi.

Atau kalau anda ada modal yang besar, itu akan jadi satu jalan mudah.

3 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge