Tips Blogging

Macam mana google tahu maklumat pelawat blog kita?

Kebanyakan blogger mesti tahu dan ada akaun google analytics kan? Mesti anda pernah tengok maklumat pelawat blog anda kan? macam… Sistem Operasi, browser, umur, jantina, negeri dan sebagainya kan? Persoalannya, macam mana Google tahu maklumat pelawat blog kita ni?

maklumat pelawat blog kita

Benda paling senang nak jawab.

Berikut adalah antara produk-produk utama Google:

Google.com

Gmail

Google Chrome

Android

Jadi, yang mana yang anda tak pernah langsung guna? Adalah mustahil anda tak pernah langsung guna salah satu dari produk google ni. Melainkan anda lahir dari keturunan blck hat hacker dan anda mungkin generasi ke-3 dari keturunan tu.

Macam saya nyatakan dalam entri Fakta tentang Google yang menarik, orang tak cakap “cuba cari kat internet” atau “cuba search kat internet” tapi orang biasa sebut “cuba google”.

Jadi, hampir semua orang di dunia ni ada menggunakan produk google. Jadi… apa yang mustahilnya bagi Google tahu maklumat pelawat blog atau laman web kita?

Masih tak nampak e? Ok, disebabkan saya tahu kebanyakkan orang Malaysia ni malas membaca, jadi saya terangkan terus macam mana Google tahu maklumat pelawat blog kita.

maklumat pelawat blog kita

Macam mana google tahu umur kita,

Macam mana dia tahu jantina kita.

That is very simple bebeh.

Kita mulakan dengan Google account, yang utamanya pastinya gmail. Masa anda daftar tu, dia akan minta anda isi beberapa perkara / maklumat tentang diri anda macam ni.

daftar akaun google

Tolong beritahu saya, yang tak ada satu bahagian dalam ruangan di atas tu yang anda isi dengan jujur. Paling paling tidak pun mesti ada 1 bahagian yang anda tak bohong kan?

Kita ambil 1 contoh, tak perlu jauh, saya sendiri… nama saya dalam ic pastinya bukan alongxp, apatahlagi sulaiman. Hampir semua borang di internet yang saya isi, adalah bohong belaka, terutama sekali bahagian nama.

Di dunia nyata, saya tak pandai berbohong. Bunyi macam bohong, tapi itulah hakikat sebenarnya. Sebab tu saya tak suka jumpa orang di dunia nyata… hehehehe.

Tapi, walaupun biasanya saya akan berbohong tentang maklumat diri saya di Internet, tapi ada 2 benda yang biasanya saya tak bohong, dan itulah benda yang biasanya google akan ambil kira dan dedahkan kepada pemilik laman web atau blog iaitu jantina dan tarikh lahir

Ok, tu langkah pertama.

Lepas tu, kebanyakan dari pengguna internet… khususnya yang menggunakan komputer atau PC, biasanya akan menggunakan pelayar web Google Chrome.

Dari sini makin banyaklah yang google akan tahu mengenai diri anda. Pernah tak jumpa benda ni? atau tahu pasal ni?

turn off safesearchataupun macam ni.

turn on safesearchBila anda nak setting benda ni, biasanya anda akan perlu login ke akaun google anda. Jadi anda pun login ke akaun google anda yang anda daftarkan melalui gmail.

jadi, disitu browser / pelayar tu akan dapat maklumat tentang umur anda, dan jantina anda dan maklumat-maklumat yang anda dah berikan tadi

Selain dari itu, Google juga dapat tahu maklumat OS anda, browser anda melalui google.com atau dan melalui Google Chrome..

Ada faham?

Ok, sampai kat situ je yang anda perlu tahu macam mana google boleh tahu maklumat pelawat blog kita. Tapi saya nak kongsikan sedikit maklumat lain yang mungkin menarik minat anda kalau anda nak tahulah.

Yang ni saya tak tuduh tau… tapi… anda fikirlah akan kebenarannya…

Android dimiliki oleh google kan? Pernah tak anda window shopping di app membeli belah telefon anda, dan entah macam mana, anda nampak iklan benda yang anda tengok tadi tu tengah ada sale di salah satu laman web yang anda pergi.

Eh, macam mana pula tu?

Macam saya cakap tadi la… Mustahil anda tak pernah guna salah satu produk google kan? Jadi… dari situ, banyak cara untuk google mendapatkan maklumat anda dan juga maklumat pelawat blog kita.

Google juga boleh tahu anda ni parent atau bukan.

parental status

Antara cara yang paling senang nak nampak melalui Youtube Kids… Tu yang ketara la…

Kesimpulannya… Google ada banyak cara nak tahu tentang latar belakang anda dan juga pelawat blog anda… so, tak perlu pelik macam mana mereka boleh tahu maklumat pelawat blog kita

Tagged , , , , , , , , , , , ,

1 thought on “Macam mana google tahu maklumat pelawat blog kita?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge