kenapa tak pilih domain .MY

kenapa tak pilih domain .MY ye? soalan yang diajukan oleh sabree hussin, blogger dari sabreehussin.com kepada saya dalam ruangan komen entri blog saya blogger bermula.

Soalan sabree hussin “kenapa tak pilih domain .MY ye? Kalau tak silap saya domain .MY ni pun banyak yang available lagi.”

pilih domain

Ok, senang je nak jawab soalan tu… banyak sebab kenapa saya tak pilih domain .my, tapi yang paling utama adalah sebab kos. Domain .my mahal kot.

Standard harga domain .my dalam RM120, kadang-kadang boleh didapati dengan harga RM90, kadang-kadang lebih murah, tapi masih lebih mahal dari harga standard domain .com.

Anggaran harga domain .com adalah diantara RM40 hingga RM60. Kalau beli kebanyakkan pakej hosting di netkl akan dapat domain .com atau .org atau domain yang lain secara percuma pulak tu.

free domain percuma

Beli 1 percuma 1, siapa yang tak nak? terutama sekali rakyat Malaysia macam saya, rakyat malaysia kan suka benda free..

Sebenarnya saya dah ada pengalaman beli domain .my (free je sebenarnya). Tapi prosesnya masih sama macam saya kena keluar duit untuk beli domain .my tu dan ternyata proses nak membeli domain .my agak leceh.

Kena masukkan key la… kena search apa benda entah la… lepas tu kena standby handphone kat sebelah untuk tac.

Lepas tu, bukan semua domain provider yang jual domain di Malaysia ni sertakan sekali domain name server untuk domain .my tu, dah ramai dah yang terkena benda ni, beli domain .my murah, tapi lepas tu kena beli domain name server pulak, sudahnya harganya sama juga.

Walaupun ada je pihak yang menyediakan free DNS management free, tapi itupun agak teknikal juga, dan menambahkan beban otak.

Proses-proses untuk menggunakan domain .my tu agak teknikal. Walaupun saya memang orang teknikal, tapi kenapa saya nak menyusahkan diri dan membuang masa dan wang saya padahal ada pilihan yang lebih mudah dan murah?

Dan kalau ikut prosedur sebenar nak beli domain .My, mesti ada dokumen sokongan.

Contoh:

Untuk pilih domain .My, anda perlu hantar salinan ic

Untuk domain .Com.my, domain .Org.my, dan domain.net.my anda perlu hantar salinan dokumen pendaftaran syarikat atau pendaftaran organisasi.

Untuk domain .Edu.my anda perlu hantar surat atau bukti yang menunjukkan institusi atau sekolah tersebut adalah sah

Kenapa saya perlu pilih domain dengan 3-4 langkah dan lebih mahal sedangkan saya boleh pilih 1-2 langkah dan lebih murah?

kesimpulannya kenapa saya tak pilih domain .my dan pilih .com adalah kerana murah dan mudah

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge