Tips Blogging

Jumlah minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik

Selalu saya pesan kepada mereka yang buat blog dengan saya (upah saya untuk binakan blog untuk mereka), banyakkan bilangan entri di blog mereka. Terutama sekali bila mereka baru buat blog. Jadi adalah yang tanya banyak tu berapa minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik?

bilangan entri untuk dapat banyak trafik

Bila nak jelaskan berapa jumlah minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik tu, susah nak dijelaskan secara terus macam tu. Tapi kalau buat analogi atau perumpamaan berapa jumlah minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik dengan kedai atau pasaraya, mungkin lebih senang nak faham kot.

Kenapa saya gambarkan bilangan entri untuk dapat banyak trafik tu dengan kedai atau pasaraya?

Kalau anda pergi ke pasaraya A yang jaraknya 4km dari rumah anda, barang memang murah, tapi hanya 40% barang yang anda senaraikan ada di kedai tu, jadi anda pergi ke pasaraya B yang barangan disitu juga murah, tapi jaraknya 1.5km dari pasaraya A, malangnya cuma 30% barang yang anda senaraikan ada di pasaraya B tu.

Jadi anda pergi pula ke pasaraya C, harganya ada yang sama macam di Pasaraya A, ada yang murah macam pasaraya B, tapi anda perlu tambah lagi jumlah perjalanan sebanyak 2km untuk ke situ.

Kesimpulannya, anda perlu pergi sejauh 7.5km bagi mendapatkan segala barang yang anda mahu. banyak kilometer perjalanan, banyaklah minyak yang terbakar. Itu yang anda nampak… anda kiralah pula masa perjalanan, masa nak cari parking, masa nak beratur untuk bayar disetiap pasaraya.

Berbanding dengan Pasaraya X, jaraknya memang dekat dengan rumah anda, kira-kira 2km sahaja. Tapi barangannya rata-rata lebih mahal dari kesemua pasaraya A, B dan C. Mahal tak mahal mana pun, antara 30 sen hingga 2.50 lebih mahal untuk setiap barang.

Tapi setiap kali anda rasa malas nak pergi jauh-jauh, anda pergi je ke pasaraya X tu, dan segalanya ada disitu. Sebab anda fikir, masa dan duit minyak anda lebih jimat jika anda beli barang di satu tempat sahaja.

Cuba anda bayangkan sebuah blog yang macam pasaraya X, walaupun banyak iklan, walaupun design dia tak cantik, tapi ramai orang pergi ke blog tu. Sebab bila mereka search benda yang mereka inginkan, mereka jumpa di blog X.

Bila mereka search cara screenshot oppo, mereka jumpa di blog X.

Bila mereka search resipi kuih cara, ada dalam blog X.

Bila mereka cari gambar penyepit kuih, pun ada dalam blog X.

Bila mereka cari cara menghilangkan jerawat, dalam blog X, ada dikongsikan.

Bila mereka nak tahu tentang sejarah kemerdekaan malaysia sebenar, ada diceritakan dalam blog X

bilangan entri untuk dapat banyak trafik (2)

Segalanya ada dalam blog X, itu dah dapat trafik dari enjin carian macam google. Lepas tu mereka tertarik pula dengan related post yang ada di akhir entri yang mereka baca.

Related post pastinya benda yang berkaitan. Lebih banyak entri yang anda telah hasilkan,maka lagi banyak entri yang lebih dekat dengan minat pembaca. Disitu dah menambahkan jumlah page view di blog anda.

Kalau macam tu, kena buat blog ‘kedai runcit’ la?

Maksud blog kedai runcit atau blog pasaraya yang saya nyatakan tu adalah, semua benda ada, dari barang basah, sampai ke barang kering, dari makanan sampailah barangan pertukangan. dari pakaian kanak-kanak, sampailah ke lampin pakai buang dewasa.

Tak perlu sebenarnya. Memang ada kelebihan kalau buat blog macam tu, sebab tu saya pernah cadangkan guna nama sendiri untuk domain blog utama anda. Tapi itu untuk mereka yang baru dan tak berapa nak baru.

Sebab dengan menjadikan nama sendiri tu, anda dah cipta personal branding, kemudian anda boleh rojak macam-macam niche dalam blog anda tu. Tapi untuk jangka masa panjang, dan lebih untung kalau buat blog yang fokus pada 1 niche.

Contoh kalau anda buat blog niche automotif atau kereta. Memang skop lebih pada automotif sahaja. Tapi itulah yang PR dan pengeluar automotif nak. Blog yang fokus pada niche mereka.

Macam tu jugalah PR dan pemilik perniagaan bagi bidang lain. Mereka lebih suka cari blogger yang ada blog dengan niche tersendiri.

Tapi tak ke rasa rugi? tak banyak benda yang kita boleh ‘jual’

Pernah pergi kedai aksesori kereta? berapa kali anda terpedaya dan terbeli benda yang anda tak rancang nak beli? asalnya anda nak tukar mentol kereta yang terbakar je. Bajet maksimum RM30.

Sementara nak tunggu giliran kereta anda siap, anda dok belek kereta lain, dan barangan aksesori kereta yang ada di kedai tu. Anda terfikir, bagus juga kalau beli tong sampah dalam kereta ni. Anda pun capai.

Anda jalan lagi. “wah, boleh tambah lampu dalam kereta untuk ruangan kaki, senang nak cari barang yang jatuh malam-malam, pekerja kedai aksesori tu datang dan menambah keyakinan anda dengan menerangkan yang lampu ni boleh tukar warna dan cukup terang, malam cukup terang untuk memberi cahaya walaupun pada waktu siang. Anda terpedaya dan anda capai.

Anda jalan lagi, nampak tempat syiling, anda terfikir “dari beratkan poket atau beg, baik letak dalam ni, senang nak cari bila nak bayar parking”, anda capai lagi.

Masa anda nak sudahkan kelekaan anda dan nak bergerak kereta, anda lalu belakang pekerja kedai yang sedang menerangkan ciri-ciri radio pada seorang pelanggan yang lain. Yang mana radio itu menggunakan sistem operasi Android. Anda mula ternganga dan tergoda, maka, anda juga mencapai radio itu.

Akhirnya, niat awal nak betulkan lampu dengan perutukan RM30 telah gagal apabila anda tak sengaja mengisi separuh bonet dengan aksesori kereta dengan harga RM1300.

Macam itulah blog. sebab itulah saya sarankan, jangan tulis isi kandungan sebagai tajuk. pembaca tak teransang nak cuba baca benda yang dia dah tahu. Sebaliknya mereka akan klik benda yang mereka teringin nak tahu, sesuatu yang mereka sangka benda baru, apakah ianya sama dengan apa yang mereka sangka.

Dengan niat asal nak cari 1 perkara je, mereka tak sedar mereka telah menghabiskan masa semalaman melayari blog anda.

Sebab tu saya kata, banyakkan entri di blog anda dulu, berapa Jumlah minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik tu bergantung kepada berapa banyak trafik yang anda mahu.

Cuba letakkan diri anda sebagai seorang pengguna internet, sebagai pembaca blog, apa yang akan anda harap dapat jumpa? apa yang anda akan cari? Anda akan dapat idea apa yang anda perlu kongsikan.

Tips utamanya adalah, jangan puas hati, gali lagi dan fokus.

Semoga berjaya.

Tagged , , , , , , , , , , , , , ,

2 thoughts on “Jumlah minimum bilangan entri untuk dapat banyak trafik

    1. Apa yang penting bukan rajin / kerap update, tapi banyak… tapi kalau rajin update, kira bonus…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge