Jangan malas nak update

Janganlah malas nak update, itulah yang saya nak ingatkan kepada pemilik blog wordpress. WordPress yang saya maksudkan kat sini adalah self-hosted wordpress, bukan wordpress yang kat wordpress.com tu ye.

malas update

Apa beza antara wordpress self-hosted dengan wordpress yang kat wordpress.com?

Secara ringkasnya, wordpress di wordpress.com tu anda boleh mula dengan percuma, tak perlu beli domain, tak perlu hosting, tapi benda free ni biasalah, mestilah ada hadnya, antaranya anda tak boleh install plugin, anda tak boleh install theme sesuka hati dan banyak yang tak boleh kalau nak free ni termasuklah anda perlu mematuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak wordpress.com.

kalau tak, anda akan menerima padah macam ni.

blog kena suspend

Berbanding dengan blog wordpress self-hosted, sebelum anda bermula, anda perlu bayar untuk domain dan hosting, wordpress tu tetap juga free, cuma anda perlu tahu macam mana nak install wordpress di hosting anda. boleh baca Cara install wordpress melalui Softaculous.

Nak tahu lebih lanjut boleh baca entri beza wordpress.com dan wordpress.org di blog Alongxp.com

Kembali kepada tajuk, jangan malas nak update. Kenapa saya pesan jangan malas nak update kepada pemilik blog wordpress?

Apa yang saya maksudkan dengan jangan malas nak update kepada pemilik blog wordpress ni adalah jangan malas nak update plugin dan wordpress tu sendiri.

Ramai pemilik blog wordpress yang terlepas pandang benda ni atau memandang remeh benda ni, padahal benda tu penting.

jangan malas nak update

Bila ada update, maknanya pembangun / developer plugin atau wordpress ada mengesan kelemahan pada versi plugin atau wordpress tu dan telah membuat penambahbaikan pada software mereka.

Mereka juga mungkin telah menaiktaraf plugin atau wordpress tu sesuai dengan masa kini.

Jika anda malas nak update plugin atau wordpress tu, anda mungkin akan terdedah kepada ancaman penggodam atau biasa disebut sebagai hacker.

Teorinya, bila anda menggunakan benda lama, penggodam ni telah cuba mencari jalan dan mempraktikkan cubaan menggodam.

Mereka telah mencipta satu script yang membolehkan mereka untuk memanipulasi (mengubah) laluan masuk dan seterusnya merosakkan laman web dan blog anda.

Paling baik pun, mereka akan mengubah paparan blog anda, tapi lebih buruk, mereka akan menggunakan hosting anda sebagai satu tempat persinggahan dan menggunakan hosting serta domain anda sebagai satu identiti dan seterusnya menyebarkan perkara yang tidak bermoral atau merosakan blog orang lain pula.

Tak faham? macam ni…. bila mereka berjaya masuk ke hosting anda, mereka akan masukkan kod atau script atau mungkin malware, bila dah berjaya masukkan benda tersebut, mereka ada keupayaan untuk buat hosting anda macam mereka punya.

Anda gambarkan mereka (hacker) sebagai orang yang anda tak kenal (biasanya memang kita tak kenal pun).

Hosting anda ibarat handphone anda.

Macam mana jika mereka ni boleh guna telefon anda dari jauh, tanpa anda sedari? Dan mereka menghantar mesej kepada orang lain, meggunakan nombor anda, menggunakan identiti anda, melalui email anda, dan jika mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa, siapa yang akan dikenakan tindakan?

Anda kan? bukan mereka kan? walaupun anda kata anda tak hantar, tapi bukti menunjukkan, identiti anda yang terpapar yang menghantar mesej-mesej tersebut.

Macam tulah konsepnya bila anda membenarkan mereka untuk akses ke hosting anda kerana kegagalan anda untuk update plugin dan wordpress anda.

Mereka membuat onar, anda yang menjadi mangsannya, dan lebih buruk, domain anda juga akan tersenarai dalam senarai domain yang membuat spam, dalam bahasa mudahnya… domain anda akan disenaraikan sebagai domain jahat, dan digalakkan untuk tidak masuk ke blog anda.

Adakah anda mahu biarkan perkara tu? kalau taknak, bila buka blog anda, update dulu bila ada update tersedia.

 

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge