kisah blogger

Jadi blogger boleh kaya ke?

Boleh… Kalau jadi blogger boleh kaya, kenapa tak boleh pulak? Korang berikan sebab kenapa jadi blogger tak boleh jadi kaya? Dah 12 tahun saya jadi blogger, macam-macam perkara telah saya lalui. Macam-macam benda saya dah lihat.

Jadi blogger boleh kaya

Saya dah lihat banyak blogger baru muncul, meminta ilmu dari blogger otai, kemudia bila naik mendadak, dari blogger jadi editor syarikat penerbitan, jadi blogger di blog terkemuka, mula mendabik dada dan seterusnya kecundang tersadung semasa dipuncak.

Saya juga dah lihat macam mana blogger lama tapi tak semenggah dalam penulisan menggunakan blogger baru bagi mengaut keuntungan. Saya dah lihat blogger lama yang disanjung kerana penulisannya, yang membuka mata orang ramai tentang blog dan blogger, semakin pudar kerana sikap blogger baharu.

Jadi blogger boleh kaya, tapi ada halangan untuk blogger boleh kaya ada 2 je. Tak banyak…

1. Tak Nak – Malas, banyak alasan, tak nak berusaha.

2. Tak bersatu – Ini masalah utama yang melanda industri blogger sekarang. Tak bersatu dalam menetapkan standard harga upah blogger, tak bersatu menjaga kebajikan antara satu blogger dengan blogger lain. Apa yang banyak blogger sekarang buat adalah buang harga, malah lebih teruk lagi, bukan setakat buang harga, malah mereka buang harga diri dengan memberikan perkhidmatan percuma kepada mereka yang ada kemampuan untuk bayar jumlah yang besar.

Bukan tak boleh bagi perkhidmatan percuma, boleh… tapi biar pada tempat yang betul. Antaranya kalau yang minta kita menulis atas dasar amal. Atau kita sendiri memang ikhlas nak berkongsi pendapat kita tentang sesuatu produk, perkhidmatan atau perniagaan tu, itu tak salah.

Contohnya ada seorang peniaga yang memang tak kedekut dalam memberikan perkhidmatan sampai kita rasa apa yang dia beri, lebih dari yang sepatutnya kita bayar. Tapi ramai orang tak tahu tentang peniaga tu, perkhidmatan dan perniagaannya, jadi anda kongsikan di blog anda kerana anda percaya ianya akan memberi manfaat kepada ramai orang. Contohnya tentang kedai buku bergerak ni.

Tapi apa yang terjadi sekarang adalah, jutawan dan syarikat besar mengupah blogger tapi tiada bayaran. Hanyalah dengan meberikan produk mereka yang berharga kononnya beratus ringgit. Padahal modal mereka hanyalah puluhan ringgit.

Bila blogger letak harga, orang-orang kaya ni kata mahal, mereka seolah-olah memandang rendah kepada blogger. Tapi kenapa mereka pergi kepada blogger, bukannya media massa?

Kerana harga yang diletakkan media massa jauh lebih mahal.

Anda sedar atau tidak, masyarakat hari ini boleh hidup tanpa tv tapi terseksa kalau tiada internet. Sedangkan kita, para blogger pula adalah penulis di internet. Kenapa harga kita perlu jadi sangat murah?

Jadi blogger boleh kaya kan?

Sepatutnya siapa akan jadi lebih kaya? Kalau anda faham, anda pasti bersetuju untuk meletakkan standard kadar upah blogger. Sebab tu saya kata, jadi blogger boleh kaya, tiada yang mustahil sebenarnya.

Nah.. bacalah list 10 blogger terkaya

Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge