income dari blog

Saya ternampak status Facebook Diana Rashid yang ditujukan kepada blogger pasal income dari blog. Diana Rashid tanya blogger… Memang income dari blog ni yang ada cuma dari adsense dan innity je ke??

income dari blog cuma AdSense Dan initty je ke

Jadi… Oleh kerana saya blogger, saya beri jawapan kepada semua blogger, terutama yang baru buat blog, apa cara yang boleh digunakan untuk dapatkan income dari blog.

Well… Tak semestinya blog untuk BLOGGER semata-mata, blog boleh jadi BLOG, boleh jadi kedai online, boleh jadi laman web, boleh jadi macam-macam.

Tapi hakikatnya, sama ada anda mahu atau tak mahu, bila anda memiliki blog, menulis di blog, anda adalah blogger. Tak kiralah anda seorang IM (Internet Marketer), anda seorang penjual barangan online, anda cikgu atau anda apa-apa sahajalah, anda adalah blogger.

Ok, cukup untuk pengenalan tentang blog dan blogger.

Publisher program

Sebenarnya, tak semestinya income dari blog ni yang ada cuma dari adsense dan innity je, ada beberapa cara lain yang biasa seorang blogger buat untuk dapatkan income dari blog.

Adsense dan innity tu antara…. mmmm… saya tak tahu apa nama yang betulnya.. tapi saya akan gunakan ‘ publisher program ‘ untuk kali ni ok?

Ada banyak lagi publisher program selain dari adsense dan innity. Ada yang program tempatan, ada yang dari luar negara.

Contoh publisher program luar negara adalah :

Adsense

Revenuehits

Mobicow

H12

Komli

Contoh publisher program tempatan adalah :

Innity dan nuffnang.

Saya tak berapa maklum tentang publisher program tempatan sebab tak banyak, macam innity tu dia punya requirement sangat tinggi, nuffnang pulak… mmmm….. malas nak cerita lah.



income dari blog

duit dari blog

Ok, macam saya cakap tadi… ada beberapa cara untuk dapat income dari blog. So sekarang saya nak kongsi beberapa cara nak dapatkan income dari blog ni.

Publisher Program – Benda ni senang cerita adalah iklan dari syarikat-syarikat macam yang saya nyatakan kat atas tu yang menawarkan program pengiklanan. Biasanya blogger akan passang banner di blog mereka.

Sesuai untuk mereka yang tak suka / tak bagus atau tak berapa pandai nak berhubung dengan orang lain, tak pandai nak deal dengan orang ramai,tak pandai nak promote barang atau blogging secara suka-suka.

Affiliate Program – Affiliate ni bermakna, kita dapat komisen dari produk yang kita promote, dan orang beli melalui link affiliate kita.

Ini yang banyak dibuat oleh mereka yang dipanggil Internet Marketer. Mereka ni bagus dalam berkata-kata, pandai promote dan pandai meyakinkan orang ramai untuk beli produk atau servis yang mereka promosikan.

Mereka tak perlu nak deal dengan orang ramai secara terus, mereka cuma perlu mempromosikan sesuatu produk atau perkhidmatan je.

Produk Review dan advertorial – Ni adalah cara yang diamalkan oleh dua orang blogger yang saya kenal iaitu diana rashid dan suria lekat lekit.

Mereka ni pandai berhubung dengan orang ramai, dan pandai deal dengan prospek.

Untuk produk review, biasanya pelanggan atau pemilik produk akan beri blogger produk yang akan di review beserta bayaran.

Macam tu juga dengan advertorial, benda yang lebih kurang sama, cuma advertorial biasanya lebih kepada review perkhidmatan, promosi jenama atau mungkin memperkenalkan atau promosi individu tu sendiri.

Harga bayaran untuk produk review dan advertorial ni biasanya RM100 dan ke atas.

Jual barang – Konsepnya mereka menulis pasal sesuatu produk dan pembaca blog mereka boleh beli terus produk tersebut melalui mereka.

Paling senang nak tengok adalah blogger-blogger shaklee, saya rasa mereka ni majoriti yang buat benda ni. Dan blogger-blogger shaklee ni ramai yang upah saya untuk bina blog baru untuk mereka… hehehehehe

Slot iklan – Lebih kurang macam publisher program juga, cuma yang ni mereka deal sendiri dengan pihak yang nak letak banner iklan di blog mereka. Bukan melalui syarikat pengiklanan.

PPC (Pay Per Click) – Suria lekat lekit paling suka buat benda ni, dia akan buat entri pasal campaign atau special 8share atau churp churp dan letakkan link benda-benda tu dalam entri tu.

Setiap klik tu biasanya akan menghasilkan 20 sen. kalau 10 klik dah dapat RM2, kalau 1000 klik dah dapat RM200, begitu sahaja.

Banyak cara buat income dari blog.

Kesimpulannya, banyak cara untuk buat duit dari blog sebenarnya. Ikut selera masing-masing, ikut kemampuan masing-masing.

Tapi pada saya… ni pandangan saya, tak jadi masalah pun kalau join publisher program, pasang banner iklan syarikat pengiklanan tu walaupun anda buat benda-benda lain macam affiliate, advertorial malah kalau anda gunakan blog sebagai medium untuk jual barang sekalipun.

Kiranya anda akan dapat 2 income melalui 1 blog, 1 income melalui apa yang anda fokus (affilate, review dan sebagainya), tak ke untung kan?

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge