kisah blogger, Tips Blogging

Idea nama domain yang sesuai

Masalah nak cari idea nama domain yang sesuai ni biasanya dihadapi blogger yang pertama kali nak beli domain atau mereka yang beralih dari blogspot atau wordpress.com kepada self-hosted wordpress. Apa beza wordpress.com dengan self-hosted wordpress? baca ni >> beza wordpress.com dan wordpress.org

Kebanyakkan yang upah saya untuk buat blog, selalu mintak idea nama domain yang sesuai. Pada saya, hampir semua idea nama domain yang mereka tunjukkan pada saya, saya rasa sesuai… asalkan ianya tak panjang macam tajuk entri dan mudah di eja.

idea nama domain yang sesuai

Tapi pada mereka yang baru 1st time buat blog, saya prefer nama domain yang melambangkan identiti mereka sendiri. Maksudnya nama mereka… tak kisahlah nama betul atau nama samaran/nick name. Kenapa?

Personal branding… itu jawapan utamanya. Walaupun orang nak baca blog kita sebab content blog kita, tapi sampai satu masa mesti orang nak tahu siapa penulis content tu kan?

Bila korang memperkenalkan diri sebagai blogger, atau diperkenalkan sebagai blogger. Pastinya nama korang akan disebut dulu sebelum nama blog korang.

Jarang orang memperkenalkan diri dengan nama blog baru sebut nama sendiri. Sebabnya orang akan rasa keliru dan akan tertanya-tanya jugak siapa orang yang bercakap dengan dia ni?

Jadi cadangan saya, gahkan dulu nama anda dengan gaya penulisan anda. Sebab orang atau syarikat akan bagi job kat penulis, jadi mereka nak penulis yang meyakinkan.

Selain tu, salah satu kelebihan bila guna nama sendiri sebagai domain, korang tak akan terikat dengan sesuatu niche, jadi korang boleh menulis pasal banyak benda dari pelbagai niche.

Bila tak terikat dengan sebarang niche, anda boleh selitkan pengalaman-pengalaman hidup anda dalam sesuatu entri tu.

Jadi entri tersebut akan jadi lebih panjang tapi tak membosankan.

Ini akan mengembangkan bakat dan skill penulisan anda. Dan akhirnya anda akan menjadi seorang penulis seperti penulis-penulis yang sebelum ni jadi idola anda.

Antara kelebihan bila menggunakan nama sendiri sebagai domain dan seterusnya jadi brand anda adalah, anda boleh menggunakan pendekatan penulisan gaya storytelling.

Dan gaya ini lebih berkesan bila pembaca dah di set mindanya yang mereka masuk “rumah siapa”, jadi mereka tau siapa yang sedang bercerita dengan mereka.

Dan mereka akan merasakan seolah-olah anda berada dihadapan mereka sedang bercerita kepada mereka.

Itulah SATU idea nama domain yang sesuai. Tu satu idea nama domain yang sesuai untuk mereka yang baru pertama kali nak beli domain dan mereka yang baru nak membina nama dalam dunia blogging.

Tapi kalau ini bukan kali pertama anda beli domain dan anda dah ada nama yang gah, macam mana pula?

Saya cadangkan idea nama domain yang:

Pendek

mudah disebut

mudah dieja

bukan ejaan yang pelik bila digabungkan.

Tagged , , , , , ,

4 thoughts on “Idea nama domain yang sesuai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge