Teknikal Blog

Hosting tu apa?

Entri ni saya wujudkan untuk menerangkan hosting tu apa benda sebab letih dh nk menaip panjang-panjang nak terangkan hosting tu apa bila orang tanya.

Hosting ni ada juga yang sebut server. Nak kata salah tu tidak.Nak kata betul pun kurang tepat. Sebab, hosting ni memanglah duduknya didalam server. Hosting ni ada banyak kategori, tapi yang tu kita bincang lain kali kalau ada permintaan. Lebih tepat lagi, nama hosting ni adalah… Webhosting.

hosting tu apa

Yang menariknya, saya akan terangkan hosting tu apa dalam bentuk analogi atau perumpamaan agar dengan harapan lebih mudah difahami.

Setiap laman web atau blog tu saya ibaratkan sebagai binaan bangunan, rumah, pejabat, sekolah, perpustakaan dan yang seangkatan dengannya.

Jadi, dalam setiap bangunan tu, ada cerita, ada  maklumat dan informasi, ada hiasan, ada benda tersendiri, ada yang sama dengan bangunan lain, ada yang beza.

Anda masih dapat follow? Ok, kita teruskan lagi, setiap binaan bangunan tu pastinya dibina diatas sebidang tanah. Haaaa… Sebidang tanah tulah hosting. Dah nampak dah hosting tu apa? Meh saya terangkan lagi sikit. Masih dalam bentuk analogi.

Bila kita beli hosting, maknanya kita beli sebidang tanah, berapa ekar? Itulah yang membezakan pakej-pakej hosting tu. Boleh faham? Kalau tak faham boleh tanya kat ruangan komen.

“Habis yang kat blogspot tu tak payah beli hosting pon?” atau “Habis yang kat blogspot tu pakai hosting mana?”

Soalan yang kerap orang tanya saya. Jawapan saya:

Yang kat blogspot ataupun kat wordpress.com tu kita guna hosting mereka, atau ibaratnya kita buat rumah diatas tanah orang lain dengan izin tuan tanah.

Umpama, anda datang kat sebuah kampung yang semua tanah tu dipunyai oleh ketua kampung, anda datang ke rumah ketua kampung, cakap nak buat rumah kat kampung tu.

Ketua kampung kata “ok, boleh… tapi haruslah kamu setuju dengan syarat-syarat ini” sambil menghulurkan senaskah buku peraturan. Anda yang dah semangat nak buat rumah tanpa dikenakan cas oleh ketua kampung pun mencapai buku peraturan tersebut, seterusnya acah-acah baca keseluruhan buku peraturan tu seimbas lalu. Lepas tu cakap setuju sambil menyerahkan kembali buku tersebut kepada ketua kampung.

Sambil tersenyum, ketua kampung pun mengambil buku peraturan tu sambil berkata “dengan ini kamu telah bersetuju dengan syarat yang ada dan kamu bolehlah buat rumah kat kampung ni, alamat kamu nanti adalah seperti yang berikut

Nama kamu,

d/a ketua kampung,

Kampung percuma,

12345 Daerah,

Negeri tersebut”.

Maka korang pun mulalah buat rumah, bermula dengan benda-benda asas. Lepas tu korang upgrade, upgrade, lepas tu macam-macamlah korang buat. Buat kendurilah, buat majlis, termasuklah berniaga…ketua kampung perati je perangai korang.

Ha… macam tulah perumpamaan bagi korang yang guna perkhidmatan percuma macam blogspot atau wordpress.com.

“Macam tu lagi bagus… tak payah keluar duit” Yup… memang betul. Itulah yang anda semua nampak. Tapi ada benda lain yang anda nampak, tapi anda tak ambil endah pada awalnya sampailah anda terkena.

Terkena apa?

Macam saya cakap dalam post yang lalu, dah 12 tahun saya dalam dunia blogging. Banyak perkara yang saya dah lihat, macam-macam kejadian telah saya lihat. Antaranya, blog seorang blogger popular di remove oleh pihak blogger, blog ni milik seorang blogger perempuan, orang perempuan biasanya pernah masuk ke blog beliau secara mereka sedar atau tak, mereka mesti pernah masuk blog dia ni.

Masa tu beliau belum kahwin. Hintnya, saya ada upload gambar saya dengan blogger perempuan tu dalam blog alongxp.com. Kalau anda rajin, silalah cari dalam tu. hehehehe.

Blogger ni trafik dia memang kencanglah, kalau tak, tak kanlah banyak syarikat dan pihak menaja dan minta dia buat review kat blog dia. Follower dia? menangis kalau korang tau.

Macam tu punya hebat, pun blogspot boleh pergi remove blog dia. Tapi nasib baiklah dapat balik. Macam mana nak dapatkan balik blog yang kena remove? trylah ikut panduan ni BLOG KENA REMOVE KE?

Macam tu juga dengan blog sorang pengedar shaklee ni. Pengedar shaklee yang terawal menjadi pelanggan perkhidmatan membina blog saya, sejak 2012 atau 2013 lagi.

Tapi dia kena kat wordpress.com, bukan blogger.com. Macam saya cakap tadilah, benda free… faham-faham jelah.

“Kenapa jadi macam tu?”

Macam saya cakap tadi, ketua kampung bagi anda duduk kat kampung tu, tapi dengan syarat yang panjang berjela, anda pun bukan tahap lawyer yang nak sangat baca semua undang-undang tu. Lagipun, ketua kampung selaku pemilik tanah, suka hati dialah nak pinda undang-undang tu.

Tambah-tambah kalau dia dah mula menyampah dengan anda. Dulu masa anda nak duduk dikampung tu, anda janda berhias, tok ketua ingat boleh cucuk jarum, sekali anda kahwind dengan orang lain pula. Jadi… ikut suka tok ketualah nak buat apa dengan tanah dia.

“kalau macam tu, baik beli hosting… tanah kita,suka hati kita lah”

Memang betul… tanah anda, ikut suka andalah nak buat apa, nak buat rumah setinggan, nak buat rumah teres, nak buat rumah semi-D, nak buat bungalow, nak buat rumah flat, nak buat condo, nak buat appartment, ikut suka hati anda.

Tapi macam mana pun, tetap ada yang lebih berkuasa keatas tanah anda iaitu pihak berkuasa tempatan macam majlis perbandaran, majlis daerah dan yang sama waktu dengannya.

Lain tempat, lain undang-undangnya… apa yang pasti, anda perlulah membayar cukai… sama ada cukai tanah atau cukai pintu. Cukai tu adalah perumpamaan bagi kos sewa hosting. Biasanya dibayar secara tahunan. Ada juga yang bayar 2-3 tahun sekali, tapi sangatlah jarang nak jumpa.

Ada juga yang bayar secara bulanan. Tapi jarang bagi pengguna biasa jumpa pakej yang bayar secara bulanan. Biasanya blogger yang tarafiknya lebih 100 ribu sebulan. Dan biasanya hosting yang digunakan lain dari kita ni.

“Pulak… dah lah kena bayar, ada juga undang-undang.”

Itulah kelemahan yang orang nampak. Tapi orang yang rasa, pakai hosting free tu lagi baik, sebenarnya mereka tak sedar, pakai yang free tu lagi banyak peraturan yang perlu mereka patuhi.

Sebab tu, banyak blogger yang meningkat naik dan semakin serius dalam dunia blogging berpindah kepada self-hosted.Sebab mereka sedar lebih banyak kelebihan bila pakai hosting ni.

Ini kalau nak cerita kelebihan self-hosted wordpress berbanding blogspot atau wordpress.com, makin panjang lak entri ni, macam rajin je korang nak baca sampai habis.

Siapa mampu baca entri ni sampai habis, sila komen ” saya dah khatam “.

Sebab orang Malaysia ni malas membaca, lepas tu sibuk kata susah nak buat entri panjang-panjang. Memanglah susah, kalau sendiri baca yang pendek-pendek je, macam mana nak tulis panjang-panjang.

Harap korang dah fahamlah hosting tu apa ye.

 

 

 

Tagged , , , , ,

2 thoughts on “Hosting tu apa?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge