Cara submit sitemap blogspot di Google Webmaster Tools

Salah satu perkara yang kita perlu buat untuk membolehkan website atau blog kita mudah di index oleh google adalah dengan submit sitemap di Google Webmaster Tools. Jadi hari ini saya akan kongsikan cara submit sitemap blogspot di Google Webmaster Tools.

submit sitemap google

Saya biasa menggunakan wordpress, cara wordpress jauh berbeza dengan cara blogspot, tapi beza pada 1 atau 2 langkah je. Kalau wordpress, kita akan menggunakan plugin untuk menghasilkan sitemap dan fail sitemap itu yang kita akan submit di Google Webmaster Tools yang sekarang dikenali dengan nama Google Search Console.

Semua blog atau website yang saya bina, sama ada untuk diri saya sendiri atau untuk klien, saya akan submit sitemap laman web atau laman blog tersebut ke Google Search Console. Menggunakan akaun google saya sendiri, atau akaun google klien, bergantung kepada keadaan.

Apa benda sitemap ni?

Site+Map= Sitemap

site= laman

Map=peta

site+map=laman+peta=laman peta? peta laman

Bermaksud, anda menyediakan sebuah peta mengandungi url-url untuk sebuah enjin carian mendalami laman web atau blog anda.

Bila enjin carian crawl di internet untuk mengindex laman-laman baru, banyak blog-blog baru yang ia akan terlepas pandang kerana hanya sedikit atau tiada langsung laman web lain yang berhubung dengan blog baru tersebut.

sitemap

Ok, korang faham ke tak apa yang saya terangkan kat atas tu? kalau tak faham, abaikan je dan jom kita sambung cerita cara submit sitemap blogspot di Google Webmaster Tools. Walaupun korang tak faham, tapi submit sitemap di Google Search Console atau Google Webmaster Tools ni memang penting.

Cara submit sitemap blogspot di Google Webmaster Tools

Untuk submit sitemap blogspot di Google Webmaster Tools, apa yang anda perlu ada wajib ada pastinya akaun google.

Kalau anda ada email gmail, pastinya anda ada akaun google sebab gmail tu sendiri singkatan dari google mail. Kalau kita taip gmail.com, dia akan redirect ke mail.google.com. So, anda pasti dah ada akaun google.

Langkah 1. Pergi ke laman Google Webmaster Tools / Google Search Console dan login menggunakan akaun gmail anda.

Langkah 2. Daftar blog atau laman web korang diĀ Google Webmaster Tools / Google Search Console kalau belum pernah buat lagi sebelum ni.

Caranya:

2.1 Di ruang kanan, ada butang ADD A PROPERTY bewarna merah dengan tulisan putih seperti dibawah.

masukkan blog dalam google

2.2 Masukkan url blog anda dalam kotak disediakan dan tekan add

add blog dalam google

Langkah 3. Lepas selesai proses verifikasi, paparan lebih kurang macam ni la yang korang akan nampak…

submit sitemapatau anda boleh pergi ke bahagian sitemap di menu di sebelah kiri seperti dalam gambar dibawah

submit sitemap blogspot

Langkah 4. so tekan kat bahagian Sitemaps macam dalam gambar di atas tu, seterusnya klik pada butang merah di sebelah kanan bertulis add/test sitemap.

add test sitemapLangkah 5. masukkan kod dibawah ni ke dalam kotak yang disediakan disebelah url anda.

atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500

akan kelihatan lebih kurang macam ni

masukkan sitemap blog Langkah 6. Kod ini adalah kod sitemap bagi blog yang menggunakan blogspot, seterusnya tekan submit. Paparan macam ni yang akan keluar

berjaya masukkanLangkah 7. Anda boleh tekan tulisan biru Refresh the page tu atau reload atau refresh page korang macam biasa.

TAHNIAH! Anda baru sahaja selesai proses submit sitemap blogspot di Google Webmaster Tools atau di Google Search Console.

Nota: kod sitemap blogspot tu hanya untuk 500 post pertama je. Kalau korang ada lebih dari 500 post, dan kurang dari 1000 post, korang kena tambah lagi satu sitemap

Semua cara sama je… kecuali kat langkah 5, korang kena guna kod ni

atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=1000

dan seterusnya langkah 6 dan 7 sama macam kat atas tu. Dah siap.

Kalau ada apa-apa persoalan dan cadangan, sila la isi kat ruangan komen ye.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge