kisah blogger

cabaran seorang blogger untuk buat review

Adalah penting untuk anda memilih Niche yang sesuai dengan kemampuan anda. Sebab, bila anda memilih Niche tu, anda mungkin perlu buat review untuk produk atau perkhidmatan tu. Jadi, Harini, saya nak tunjukkan dan kongsikan cabaran seorang blogger untuk buat review.

blogger untuk buat review

Kenapa saya buat entri pasal cabaran seorang blogger untuk buat review ni? Sebab ramai orang pandang remeh akan cabaran seorang blogger untuk menghasilkan review, termasuklah blogger-blogger sendiri.

Biasanya blogger yang buat hal memandang remeh ni adalah blogger dari satu kumpulan yang agak besar dan blogger baru.

Kalau blogger baru tu kita bolehlah nak maafkan sebab mereka tak ada pengalaman atau kekurangan idea.

Ni masalah blogger yang dah lama, yang bernaung dibawah satu kumpulan ni. Kumpulan ni memang selalu membawa masalah, ahli mereka kerap menimbulkan pergaduhan dengan blogger lain.

Tak semua, tapi kebanyakan dari ahli kumpulan blogger ni yang selalu buat hal. Ada yang ok, ramai juga ahli kumpulan blogger ni yang agak rapat dengan saya di dunia blogger ni.

Kalau blogger lama, pasti dah tahu dah kumpulan mana. Hintnya… “Tu tajuk ke isi kandungan?

Ok, cukup membawang pasal kumpulan blogger tu, kita teruskan pasal cabaran seorang blogger untuk buat review.

Cabaran Seorang Blogger untuk buat Review

Disini saya kongsikan cabaran seorang blogger untuk buat review bagi 4 jenis niche blog. Kalau anda seorang blogger:

Makan:

rasanya ini niche blog paling ramai orang suka , sebab makan… orang Malaysia memang suka makan. Tapi untuk jadi blogger makan, bukan mudah dan risikonya boleh tahan tinggi.

Restoran Makanan Western murah di BantingSumber gambar

Sebab anda kena rasa macam-macam makanan, dari tangan ramai tukang masak di merata tempat. Jadi, lain orang, lain cara masakan, lain ramuan dan lain bahan. Jadi, mungkin ada yang boleh memudaratkan anda.

Jadi, kalau dah jadi blogger makan, pastilah bukan sekadar masakan anda sendiri, bukan sekadar makanan dari kedai di daerah anda je, bukan sekadar dari 1 negeri je kan? Anda mungkin perlu pergi ke merata tempat.

Dan ini yang paling penting, review anda tu boleh jadi penentu kejayaan dan kegagalan perniagaan kedai makan tu. Pernah ada blogger yang dah buat kedai makan tu ‘tak ada bisnes’ selama seminggu tanpa dia sengaja.

Saya pernah review satu kedai makan di blog sayabukancikgu.com. Yang tu saya tak dibayar, cuma pandangan ikhlas je.

Jadi, anda rasa senang untuk seorang blogger untuk buat review makanan atau masakan anda? Anda rasa senang nak jadi blogger untuk buat review makan-makan?

Anda perlu pertimbangkan risiko-risikonya, termasuk kos-kosnya seperti kos perjalanan, kos penginapan, kos perubatan, dan kos-kos yang dinyatakan di akhir entri ini.

Sebab banyak sangat syarikat / restoran / kedai makan yang menawarkan makanan semata-mata sebagai bayaran untuk perkhidmatan review anda. Kalau dia hantar makanan sampai ke depan pintu anda ok juga, ni anda terpaksa pergi ke sana. Habis siapa yang nak bayar kos pengangkutan anda?

Travel / melancong :

Ini pun lagi satu niche yang orang suka, tapi saya tak berapa suka atas dasar masalah kesihatan saya. Walaupun saya ni nampak handsome, awet muda, nampak sihat, hakikatnya, saya taklah sesihat yang anda lihat.

blogger travel

Bila anda jadi travel blogger, banyak benda yang anda boleh review, kebiasaannya adalah penginapan dan makanan. Kadang kala, anda juga boleh / perlu buat review perkhidmatan pengangkutan.

Banyak syarikat pelancongan atau syarikat penginapan terutamanya hotel menawarkan penginapan percuma sebagai bayaran untuk anda review fasiliti dan perkhidmatan mereka, tapi mereka tak menawarkan duit / bayaran tambahan. Habis tu anda nak pergi macam mana? berbaloikah guna wang sendiri? Makan minum anda dan perbelanjaan anda macam mana?

Mereka memanaggil blogger untuk buat review fasiliti mereka, tapi upahnya sangat tak berbaloi dengan apa yang mereka akan dapat selepas itu. Mereka mahu kita berkorban, tapi mereka tidak mahu bekorban. Berbaloikah?

Kosmetik, ubat dan supplement :

Ini pastinyalah kebanyakannya perempuanlah yang suka. Yang lelaki kebanyakkanya tak berapa memilih atau tak berapa terperinci bab kosmetik dan sebagainya ni.

review produk kosmetik

Memang perempuan suka sebab mereka boleh cuba macam-macam jenis produk tanpa perlu keluar modal. Tapi AWAS!!! jangan jadi mangsa pengasas dan pengeluar produk tak bertanggungjawab yang hanya mahukan keuntungan semata-mata.

Anda perlu tahu, hampir semua produk tu ada bahan kimia walaupun mereka kata ianya produk semulajadi. Bahan semulajadi pun, kalau silap adunannya boleh membunuh… inikan pula produk yang dah dibentuk menjadi kapsul dan bentuk yang tak macam bentuk semulajadi.

Pastikan produk yang anda nak review tu ada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Jangan sampai muka dah rosak, buah pinggang dah rosak, baru nak menyesal.

Berkenaan dengan kesan sampingan tu, saya nak tanya… adakah berbaloi dibayar dengan produk semata-mata? Tanpa diberi wang tunai? Walaupun produk tu mendapat kelulusan KKM, tapi andai kata kulit anda tak sesuai atau tak serasi dengan produk tu, dan memberi kesan sampingan dan memerlukan anda membuat rawatan doktor yang pastinya akan melibatkan kos kewangan. Dari mana anda nak cekau duit nak bayar kos rawatan dan perubatan tu?

Gadget :

Yang ni paling kurang masalah, tapi sepatutnya menjadi upah paling mahal. Sebab tu, ramai blogger otai menolak job ni, dan tak banyak syarikat berani nak bagi job review ni pada blogger.

review gadget

Sebab bukan calang-calang ilmu yang anda perlu ada dan tinggi RISIKO yang anda perlu tanggung.

Anda perlu melaburkan banyak wang jika nak jadi blogger gadget ni. Sebab anda perlu tahu mengenai perisian, aplikasi, sistem operasi dan baaaaaanyak lagi. Dan kalau anda buat review drone, anda perlukan skill menerbangkan drone, dan anda perlu tahu banyak benda lain macam undang-undang berkaitan ruang udara.

Antara risiko yang anda perlu risaukan adalah, gadget meletup. Sedangkan jenama terkenal, yang ada pengesahan SIRIM pun mengalami masalah meletup secara tiba-tiba, inikan pula jenama yang belum terkenal.

Telefon meletup

Jadi, berbaloikah untuk review gadget dengan bayaran gadget semata-mata? kalau anda mengalami kecederaan atau disaman pihak berkuasa, dari mana anda nak cekau duit untuk selesaikan semua itu?

Ok, selesai menerangkan pasal cabaran seorang blogger untuk buat review bagi 4 jenis niche paling ramai orang ceburi. Sekarang kita tengok pula Kos-kos yang perlu anda ambil kira:

Kos yang perlu diambil kira

Insuran: Insuran kenderaan, insuran kemalangan, insuran kematian, insuran individu, insuran keluarga. Semua tu anda perlu ada jika anda benar-benar nak serius dalam dunia blogging ni dan buat review. Kemalangan boleh jadi dimana-mana, bila-bila masa, tak kira apa keadaan. Buat persediaan.

Perubatan: klinik, ubat, semua tu memerlukan kos. Itulah sebabnya kenapa anda perlu mengenakan bayaran walaupun anda dah diberi produk untuk review tu. Tapi macam mana anda nak bayar kos perubatan jika review tu menyebabkan anda cedera / mendapat penyakit?

Selenggara kereta: minyak hitam, tayar, gas aircond, kerosakan, semua tu tak ada dalam perlindungan insuran… kalau asyik ambil review murah, atau terima barang semata-mata, atau lebih teruk lagi percuma… siapa nak bayar kos penyelenggaraan kenderaan anda?

Anda mungkin bukan blogger sepenuh masa, jadi anda ada pendapatan lain, ingatlah.. pendapatan tu untuk menampung penggunaan kenderaan anda untuk pekerjaan anda yang itu dan penggunaan kasual diluar waktu kerja sahaja.

Bila anda perlu menghadiri event untuk buat review, tu dah jadi penggunaan luar biasa, jangka hayat pada kenderaan anda juga makin pendek, jadi anda perlu bersedia.

Internet: apa guna ada blog kalau tak boleh akses? Macam mana nak update blog kalau tak ada internet? pakai Chakra? hahahaha

Peralatan : Pakaian, smartphone, kamera. Semua benda yang perlu bagi menjayakan sesebuah review tu dengan bagus dan cemerlang. Ingat kenyit mata je boleh snap n masukkan dalam blog?

Elektrik: Guna air liur semata-mata tak boleh menjana kuasa Laptop atau komputer, juga tak mampu mengecas telefon.

Perjalanan : selalu orang tak fikir benda ni, orang dok kira duit minyak je. Macam yang dinyatakan diatas, selenggara kereta kena ambil kira juga, sebab anda bergerak melebihi kebiasaan, jadi jangka hayat kereta anda dan lari dari anggaran.

Antara kos yang perlu diambil kira untuk kos perjalanan adalah, kos TOL, kos ‘jajan’ untuk menghilangkan mengantuk, atau mungkin kos makan berat masa anda singgah dalam perjalanan?

Keselamatan : Yang ni paling berat… Sebab tu anda memerlukan insuran. Saya tak tahu macam mana nak terangkan ni. Tapi anda perlu sediakan sesuatu sebagai langkah keselamatan, contohnya sediakan pepper spray?

Pendek kata, janganlah kamu membunuh blogger lain dan industri penulisan blog ni dengan menawarkan perkhidmatan percuma kepada pihak yang mengaut keuntungan contohnya peniaga, pengasas dan pengeluar produk.

Kerana ini akan menjadi satu penyakit berjangkit dalam industri penulisan blog. Saya akhiri entri ini dengan menjemput anda membaca entri di blog ijad.my tentang integriti dan kadar upah seorang blogger

Tagged , , , , , , , , , , , ,

3 thoughts on “cabaran seorang blogger untuk buat review

  1. Saya blogger baru. Ye betul apa yang di katakan dekat atas. Untuk saya pulak, kalau suatu job/task tak berbaloi dari segi kos dsbgainya saya akan tolak.

    Dan semestinya saya tak memilih kecantikkan sebagai niche. Risau dengan risiko.

    Memang betul kena jaga market tapi sejauh mana seorang blogger tu nak menjaga. Dapat tahan godaan ke? Tepuk dada tanya selera

    1. Bagus… tujuan entri ni adalah untuk bagi pencerahan yang lebih cerah tentang kos dan risiko je.

      Kita jaga market bukan untuk kita sahaja, hari ni kita tahan godaan untuk jaga market industri blogger, blogger lain terjaga dan akhirnya kita juga akan dapat hasilnya… apa yang kita buat kat orang, akhirnya akan kembali kepada kita juga

  2. Banyak juga cabaran nak buat review ni ye. Buat masa ni Ella lebih selesa berkongsi pengalaman dan hasil pembacaan 🙂

    Eh group apa tu? Tak pernah join apa-apa group blogger sebab lebih suka bergerak sendiri 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge