Teknikal Blog

buat akaun wordpress.com walaupun….

Buat akaun wordpress.com walaupun…. apa? hahahaha… tajuk macam tergantung kan? bukan saja-saja gantung tak bertali macam tu, tapi ada sebab, kenala buat macam tu. Harap faham.

buat akaun wordpress.com

Entri ni tak terhad kepada pengguna wordpress sahaja, pengguna blogspot dan platform-platform blogging lain pun digalakkan buat akaun wordpress.com ni juga. Dan saya memandang tinggi kepada blogger yang buat akaun wordpress.com walaupun mereka bukan pengguna wordpress.

Sebab pada pandangan saya, mereka ni serius dalam dunia blogging dan mereka tahu apa itu branding. Macam yang encik azham terangkan dalam artikel bertajuk Parasite Site SEO, algorithm Google yang baru ni menekankan branding. Jadi, siapa yang faham akan branding tu beruntunglah beliau.

Walaupun saya blogger, saya ambil tahu akan branding, sebab tu, biasanya blogger akan jadi social media influencer, tapi social media influencer belum tentu akan jadi blogger.

So, apa kaitan buat akaun wordpress.com dengan branding?

buat akaun wordpress.com walaupun guna blogspot

Saya tak ingat saya baca dimana, tapi… tahukah anda, anda boleh dianggap spammer jika anda tak tetapkan gambar sebagai identiti anda, dan default avatar wordpress yang muncul, dan link blog anda yang anda masukkan akan dianggap satu blog spam kalau anda tiada backlink dari laman web yang dipercayai.

Jadi apa kaitan avatar dengan buat akaun wordpress.com dan branding?

Macam ni, untuk anda munculkan avatar tu dengan mendaftar digravatar, dan anda mendaftar digravatar tu menggunakan akaun wordpress.com. Jadi apa kaitannya dengan branding? Bila anda mendaftar di wordpress.com, anda perlu tetapkan satu username, dan saya cadangkan gunalah nama pena anda atau sesuatu yang orang akan bayangkan blog anda bila tengok nama tu. Itulah yang saya maksudkan dengan branding.

Selain dari tu, anda boleh follow blog-blog yang hebat yang menggunakan WordPress bila anda ada akaun wordpress ni, jadi bila anda nak blogwalking, login je akaun wordpress.com anda dan beleklah artikel-artikel terkini dari blog mereka.

buat akaun wordpress.com walaupun guna self-hosted wordpress.

beza wordpress.com dan wordpress.org

Bukan pengguna blogspot je yang sangka mereka tak perlu buka akaun wordpress.com, pengguna self-hosted wordpress pun sangka mereka tak perlu buka akaun wordpress.com ni. Sebab memang ada perbezaan antara self-hosted wordpress dengan wordpress.com. Saya pernah tulis dalam entri Beza WordPress.com dan WordPress.org

Tapi namanya sama, WordPress juga. Jadi, akan ada kaitan antara kedua-dua WordPress ni. Antara benda paling penting dalam kaitan kedua-dua ni adalah JetPack.

Jetpack ni dalam gambaran yang mudah, membantu memudahkan kita tune WordPress kita dengan macam-macam ciri menarik.

Antaranya:

Site Stats: Bertujuan untuk tengok trafik. Boleh jadikan satu lagi sumber untuk bagi lampiran sokongan bila nak apply job. So kita boleh bagi analytics dari Google Analytics, Jetpack site stas dan Awstats. Sebab lain orang lain pilihan yang dia nak.

Autoshare: Yang ni  saya bersyukur sangat dia wujud. Sebab tak perlu nak banyak kerja, bila kita post entri baru je, automatik akan dishare kat beberapa media sosial yang lain.

Peformance: Ada 2 ciri utama, images dari wordpress CDN dan Lazy-loading.

Yang images dari wordpess CDN ni saya tak enable pada blog-blog saya sebab beberapa tahun lalu saya pernah cuba enable selama sebulan, lepas tu saya disablekan sebab bila saya search image berkaitan blog saya, rankingnya jatuh teruk.

Lazy-loading ni saya enablekan pada blog-blog saya sebab ia meningkatkan kepantasan loading blog saya sebab gambar akan muncul bila kita scroll sampai ke gambar tu je.

Follow:

Dulu punya payah nak kasi wujud button follow kat blog wordpress, mula-mula boleh pakai Google Friend Connect, lepastu Google mansuhkan Google friend Connect tu, saya guna Google Plus. Sekarang, orang dah boleh follow kita dan akan dapat email bila kita update entri terbaru

Site verification:

Nak verify blog bila daftar kat console enjin carian dah tak susah dah, kalau dulu kena cuit koding theme, sekarang dah tak payah risau dah, masukkan je kat ruangan yang disediakan, tukar theme pon tak jadi masalah.

site verification wordpress

Downtime monitoring.

Saya ingat lagi dulu kita kena daftar kat web lain untuk dapat notification bila site kita down. Sekarang cuma enablekan je fungsi Downtime Monitoring tu, bila blog kita down, kita akan dapat email, begitu juga bila dah up semula.

Akismet:

Akismet ni dia akan manage spam. Sama ada terus dibuang begitu sahaja atau disimpan dibahagian spam untuk review, sebab tu kita tak payah risau nak open blog kita untuk komen.

Banyak lagi kelebihan bila kita link blog kita dengan wordpress.com. Kita pun boleh setting plugin di blog wordpress kita supaya autoupdate dari wordpress.com.

Kalau anda jenis ada lebih dari 1 blog macam saya, link dengan wordpress.com akan memudahkan kerja. Tapi saya lebih selesa buka dari domain tu blog saya sendiri.

Jadi, kepada pemilik blog self-hosted wordpress, link kan blog anda dengan akaun wordpress.com. Harap entri ni membantu anda memahami kenapa kita perlu mendaftar akaun wordpress.com walaupun kita guna wordpress.org yang disebut juga sebagai self-hosted wordpress.

Terima kasih. Saya menjemput anda semua follow channel telegram saya di t.me/sayablogger

Tagged , , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge