Blog saya blogger bermula

1st post blog saya blogger bermula.
Hai, pertama sekali saya sangat, super duper sangat bersyukur sebab dapat beli domain sayablogger.com ni
header-sayablogger
Tak tahulah sama ada domain ni domain lama yang dah expired n tak direnew ke atau memang tak pernah ada orang terfikir nak beli domain ni. Tapi entah macam mana, domain ni available dikala saya ada duit dan idea nak beli domain ni datang.
 
Niat saya nak menichekan blog alongxp.com kepada blog teknologi dan yang sewaktu dengannya dipermudahkan dengan availablenye beberapa domain lain yang membolehkan saya untuk menulis post berdasarkan niche yang berkaitan.
Contohnya:
Selain alongxp.com yang akan berniche teknologi, saya baru sahaja beli beberapa domain lain.
www.sayabukancikgu.com – yang akan jadi blog peribadi saya dan hal-hal berkaitan pendidikan
www.sifuphotoshop.com – blog tutorial photoshop
dan yang terkini www.sayablogger.com sebuah blog perkongsian tutorial, tips dan trick dalam berblogging.
Tak tahulah nak cakap macam mana, saya percaya ianya satu rezeki yang Allah tunjukkan kepada saya atas segala usaha saya selama ini.
Ok, apa yang saya akan kongsikan dalam blog ni?
Dalam blog saya blogger ni saya akan kongsikan tips seo, tips menulis blog, tips plugin blog, hal teknikal mengenai blog.
Antara perkara teknikal mengenai blog sebagai contoh, plugin wordpress, cara nak setting domain pada blogspot, koding asas yang perlu blogger tahu untuk customize blog, untuk memasukkan kod iklan, masukkan kod pengesahan atau masukkan kod lain yang diperlukan.
Saya bukanlah otai dalam dunia blogging, cuma saya dah agak lama dalam dunia blogging, yang pasti lebih dari 5 tahun. Terlalu banyak yang saya belajar, perkara langsung pasal blog dan perkara yang tidak langsung pasal blog yang boleh mengubah impak orang lain kepada dunia blogging dan blogger secara umumnya dan kepada blog kita secara khususnya.
Sejak saya join best blogger network, lebih banyak benda yang saya belajar dan saya nampak. Dan rasanya sesuai kalau saya kongsikan di blog ni.
Kepada blogger lain, salam perkenalan

6 comments

    1. Senang je tu… Kos… Domain .My jauh lebih mahal… Jawapan penuh saya akan kongsikan dalam next entri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge