Beza link entri terbaru dan link blog

Haish… sedih tengok bila ada jugak manusia, terutama blogger yang tak tahu beza antara link entri terbaru dan link blog. Sampaikan diana rashid suruh saya buat entri khas untuk jelaskan apa itu link entri terbaru dan link blog.

Beza link entri terbaru dan link blog

Masyarakat kita malas membaca, baca bila terpaksa je… itupun kalau boleh skip, dia skip je… tu yang jadi macam kes mimi azirah tu. Ada spesis yang jenis baca sikit je…

link entri terbaru bukan link blog

Malas membaca.

Saya tak pastilah kalau diorang tu tak tahu apa beza link entri terbaru dan link blog. Tapi macam mustahil lak rasa kalau tak tahu. Sebab kat situ mimi azirah dah cakap tepek link entry terbaru korang. “Link blog xmau ar”. Faham tak? kalau tak faham lagi meh saya besarkan sikit perkataan last sekali tu

LINK BLOG XMAU AR. kalau tak faham singkatan, meh saya panjangkan LINK BLOG TAK MAHU LAH.

faham tak lagi? kalau korang tak faham, kenapa tak komen dan tanya mimi azirah apa maksud dia link blog xmau ar atau apa beza link entry terbaru dengan link blog?

Ke malas nak baca? bukan panjang sangat pon… 15 patah perkataan je pon, lainlah kalau entri dari blog-blog saya, semuanya minimum 300 patah perkataan, tapi sejak saya baca ebook belajar seo, saya dah mula menghasilkan minimum 500 patah perkataan dah.

Tapi nak terima ke tak nak, nak percaya atau tak, rakyat Malaysia memang malas membaca, terutama kalau baca buku. Masalahnya ni kat facebook kot, kalau dah kat facebook pon dah malas nak baca, apatah lagi buku?

Sebab tu saya tak rajin nak ping blog di facebook walaupun hampir semua group ping blog saya join. Sebab kebanyakkan pengguna facebook adalah orang malas membaca… kalau rajin pun, bab gosip, terutama gosip artis… itu pun, macam saya cakap tadi, kalau boleh dia skip, dia skip je… baca yang atas-atas je….

Habis tu mana saya dapat trafik? itulah sebab kena belajar seo, 90% trafik blog-blog saya adalah dari enjin carian, selebihnya melalui promosi melalui group whatsapp bestbloggernetwork atau mulut ke mulut.

Beza link entri terbaru dan link blog

Dah terbawak-bawak pulak dah… ok, Meh saya tunjukkan Beza link entri terbaru dan link blog tu yang mana, kita ambil contoh blog mimi azirah sendiri.

Link entri terbaru di blog mimi azirah adalah http://mimiazirah.com/2017/07/althea-turns-2.html tu, link entri terbaru dia… cerita pasal online shop yang menjual produk kecantikan dari korea.

maksud mimi azirah mintak link entry terbaru tu maknanya bagi satu url entri yang paling latest, jadi bila orang klik, terus masuk ke entri, tak perlu masuk ke hompage blog, lepas tu klik entri yang paling atas.

Itu pun, ada sesetengah blog yang layout dia buat kita tak tahu mana satu entry latest yang paling latest sekali.

Kalau kena macam tu, mana nak tahu entry latest yang mana satu?

Faham dah apa itu link entry terbaru?

Link blog

Ok… tu makna link entry terbaru, kalau link blog yang mana? link blog yang dimaksudkan tu adalah URL blog korang. kalau macam mimi azirah tu link blog dia mimiazirah.com, kalau link blog diana rashid pulak dianarashid.com dan kalau saya pulak? www.sayabukancikgu.com , www.sayablogger.com dan www.alongxp.com

3 je? ada lagi, cuma yang tu saya tak dedahkan identiti saya sebagai penulis blog tu hehehehehe.

akhir kata dari saya, nak jadi penulis yang hebat, kena rajin membaca, dari membaca, kita akan dapat idea dan belajar cara penulisan yang hebat.

Nak lagi hebat? dapatkan ebook rahsia penulis. Barulah hebat…

p/s: dah beli ebook tu, kena lah rajin baca ebook tu, kalau peram je memang tak jadi apa

11 comments

  1. Ada satu lagi penyakit yang berkaitan dengan tak baca… “Tak baca, tapi komen”. Ada juga jenis yang “komen dulu, baca kemudian. Bila dah publish komen baru perasan, yang komen langsung tak kena dengan konteks artikel”.

    Agak pelik kalau penulis blog tak tau nak bezakan antara link blog dengan link artikel terkini. Mereka ni baru keluar dari gua ke?
    sabree hussin recently posted…Bagaimana menjadi Ejen Dropship bagi Lazada Malaysia?My Profile

  2. Akhirnya..hahhaah…memang benda ni mungkin ada blogger rasa ..”ala..tu pun nak kecoh..” .Tapi blogger macam saya benda ni benda ni penting sangat.Dengan internet slow nya, dengan kita nak kejar masa nya. Kalau klik keluar blog nya tak pe jugak.Ni nak kena tunggu.Lepas tu dah keluar eh, kena klik lagi baru boleh baca.

    Kot ye pun nak naik kan pageview tak kan lah sampai macam tu..kan??Kalau share entry kat page atau group facebook boleh je letak link terus.Ni bila blogger yang minta dibaginya link blog je..

    Buat nya dapat blogger yang jahat sikit dari saya memang dia tak pergi le blog tu..kan rugi…

  3. Huhuhu..Terharu sungguh buat entry berkaitan status fb saya…Saya hargai sangat2..Bagus cadangan kak diana tuh suruh buat entry khas. Sebab kadang kadang saya tertanya tanya sama ada saya salah atau pembaca salah. Tapi tuhlah nak tegur takut ada yg terasa sebab kita tak tahu kan penerimaan diorang macam mana. Kalau blogger yg bg link blog tu, saya abaikan sementara. Saya utamakan yg bg link entry terbaru. Dah habis komen semua baru saya terjah satu satu link blog yg diberikan. Tapi makan masa sikit lah kan…Anyway, thank you sangat2..Really appreciated it..Kena belanja cikodok ni..hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge