Berhenti kerja design blog dan website

Berhenti kerja design blog dan website adalah benda yang saya rancang untuk tahun 2017 lepas klien design blog dan website terakhir yang saya buat pada tahun 2016.

berhenti kerjaSebab tu saya lebih fokus kepada menulis blog berbanding buat design blog dan website atau makeover blog. SKIP TERUS KEPADA TOPIK

Saya bukanlah pakar buat laman web atau blog, asalnya saya buat laman web dan blog sebab atas tujuan kerja sepenuh masa, bila bos mintak editkan laman web yang sedia ada.

Dek kerana kecetekan ilmu saya, saya takutlah nak try and error coding kat laman web tu, jadi saya cuba fahamkan setiap inci mengenai laman web tu, macam mana sistem dia. Masa tu hujung tahun 2007.

Masa tulah saya baru tahu pasal hosting, ftp, cms dan beberapa perkara lain. Masa tulah rasa nak mencabar diri untuk belajar ilmu baru.

Tapi masa tu duit tak ada, jadi saya cari hosting free, download joomla, upload ke server, datang tempat kerja malam-malam sebab kat rumah tak ada internet, explore lah website tu.

Lagi banyak saya explore dan belajar, lagi banyak benda saya tak tahu. Bila guna benda free ni pastinya ada banyak limit. Jadi bila dah ada duit sikit, sewa server/ hosting dan domain sendiri.

Dalam pada masa yang sama, saya minat nak explore fotografi. Jadi saya bina sebuah website menggunakan cms yang sama dengan yang digunakan tempat saya kerja tu.

Lepas satu ketika, saya ternampak web foto kawan saya, dia guna wordpress, saya tengok macam smart je website/blog dia tu. Jadi saya pun setup 1 blog wordpress di subdomain saya.

Masa tu 2008, waktu tu tutorial pasal wordpress, terutama sekali dalam bahasa melayu sangatlah tak banyak, apatah lagi pilihan theme. Jadi, pandai-pandailah godek coding dan segala benda.

Antara 2008 sampai 2011, zaman “banyak masa terluang” dan banyak dugaan, jadi saya selalulah try n error bab website dan blog ni, antaranya belajar block website lain curi bandwith server atau hosting kita, redirection, buat kerja design blog dan laman web, configure domain, dns, server dan segala yang berkaitan dengan web dan blog.

Tapi sampai sekarang pun, ilmu saya masih cetek lagi sebab tu salah satu cara saya menambah ilmu adalah dengan ambil kursus online di udemy.com

Berhenti kerja design blog dan website

Sebab utama saya nak berhenti buat kerja design blog dan website adalah rasa serik, trauma, fobia, takut dapat customer macam yang sebelum ni yang mana…

Nak cepat, tapi sendiri bagi maklumat lambat.

Nak buat laman web info tapi banyak sangat perkra nak dirahsiakan

Awal-awal cakap lain, bila dah dalam progress, nak benda lain dan terlalu banyak yang berubah.

Due date lambat lagi, tapi hari-hari dok follow up sedangkan maklumat yang diberi tak lengkap.

Memaksa saya menjawab apa saja permintaan dia masa tu jugak, tak kira waktu.

Serangan anxiety saya menjadi-jadi masa nak menyiapkan website customer tu. Jadi saya berniat nak berhenti buat kerja design blog dan website tu.

design blog dan website

Tapi Allah tu lebih mengetahui kan? Tiba-tiba saya dapat 3 job bina blog dalam hari yang sama, keadaan kewangan masa tu membuatkan saya tak boleh nak tolak job tu.

Jadi saya ambil keputusan akan terima juga job design atau makeover blog dan website dan akan terus meningkatkan ilmu dan skill coding saya. TAPI!!! ini syarat utama saya

jangan upah saya

Adalah saya nak tegaskan kat sini… Jangan nak upah saya untuk buat kerja design blog dan website jika anda:

  • Tak reti sabar
  • Tak reti bahasa
  • Nak murah
  • Nak cepat
  • Banyak songel
  • Rasa lebih tahu dari saya
  • Lalang (kejap nak tu, kejap nak ni)
  • berkeras nak call atau nak jumpa saya

Bukanlah nak tolak rezeki, tapi kalau anda nak SAYA design blog anda, make over blog anda, baiki blog anda, configure domain untuk anda atau apa sahaja untuk blog atau website anda, anda harus faham cara saya bekerja.

Jika anda boleh terima syarat diatas, dan syarat tambahan ini(klik sini). Anda bolehlah mengisi borang tempahan bina, design blog dan web ini disini

Terima kasih saya dahulukan.

2 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge