kisah blogger

Berapa banyak blog saya ada?

Well… dah ada yang mula bertanya Berapa banyak blog saya ada? , jadi saya akan jawab di sini. Kenapa saya perlu jawab disini? Sebab akan datang bila ada orang tanya, saya akan bagi link entri ni je. Senang.

Berapa banyak blog saya ada?

Ok… berapa banyak blog saya ada? Jawapannya adalah… banyak… lebih dari yang anda akan sangka. Tapi yang saya hebahkan blog saya 3 ni je.

alongxp.com

sayabukancikgu.com

dan yang ni sayablogger.com

Kenapa 3 ni je yang saya dedahkan? Saya dedahkan hanya 3 blog ni je sebab, kalau korang tahu blog-blog yang lain tu juga adalah blog saya, mentaliti korang akan mengharapkan gaya penulisan yang lebih kurang sama dari saya.

banyak blog

Sama ada itu adalah baik, atau korang tak nak masuk dah blog-blog yang lain tu sebab korang akan jangkakan gaya yang sama dari saya.

It’s all about mentality and mind set jela…  Saya ada banyak identiti, “banyak topi” kata anuar, banyak rupa sampai adzril boleh tak kenal, banyak benda yang saya buat, jadi lebih cantik kalau setiap identiti, kebolehan, kategori tu dipecahkan kepada setiap blog.

Sebab… pastinya setiap kategori atau identiti tu ada pecahan-pecahan lain lagi. Sebab setiap orang / identiti tu pastinya ada perkara lain dalam diri dia sendiri. Contohnya macam saya sendiri, saya bekerja di sekolah, tapi saya bukan cikgu, saya seorang staf dalam bidang Teknologi Maklumat.

Teknologi maklumat tu sendiri memang ada banyak cabang, Hardware, software,app, komputer, peranti mudah alih, rangkaian, multimedia dan baaaaaaaaaaaaanyak sangat-sangat lagi.

Hardware tu pun ada cabang dan level sendiri, hardware untuk pengguna biasa lain, untuk pengguna main game lain, pengguna buat programming lain, pengguna buat video lain.

Macam rangkaian, bahagian yang saya cukup fail, cukup banyak levelnya… Rangkaian setempat, rangkaian luas. Rangkain setempat dan rangkaian luas tu pulak ada bahagian keselamatan pulak.

Macam tu juga bahagian multimedia, ada bahagian foto, video, bunyi, animasi.

So, tu salah satu sebab saya ada banyak blog, satu blog untuk bahagian Teknologi Maklumat.

Tu baru bahagian Teknologi Maklumat. Selain dari identiti seorang pekerja, saya juga adalah seorang manusia biasa yang menganut agama islam, yang dilahirkan sebagai anak sulung. Saya juga seorang suami kepada seorang isteri dan juga seorang bapa kepada anak-anak saya.

Sebagai seorang manusia biasa yang menganut agama islam, yang dilahiran sebagai anak sulung, itu juga salah satu sebab saya ada banyak blog, satu blog dunia saya sebagai orang biasa.

Dan sebagai orang biasa juga, saya ada macam-macam citarasa, pakaian, makanan, hiburan dan macam-macam citarasa lain lagi. Dunia saya bukan sesimple orang lain.

Saya ada baaaanyak sangat perkara yang saya perlu lakukan setiap hari dalam masa 24 jam, dan kalau boleh, hampir semuanya saya nak kongsikan kepada dunia, sebab itulah saya hasilkan banyak blog.

Sebab… benda yang sama juga otai-otai blog buat, satu blog, satu niche, bawah satu niche tu ada banyak kategori.

User pun biasanya suka menghabiskan masa pada satu blog yang ada niche tertentu sebab lepas tu mereka akan terpaut pada post-post lain yang berkait.

Saya buat apa yang saya suka sebagai blogger dan sebagai pengguna atau pembaca.

Harap terjawablah persoalan kenapa saya ada banyak blog.

Sudi-sudikanlah meletak komen ye.

Terima kasih kerana sudi membaca post dengan511 patah perkataan ni.

 

Tagged , , ,

1 thought on “Berapa banyak blog saya ada?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge